08 October, 2012

Bahasa Rojak Vs Bahasa Suka Hatilah

Apa pandangan anda tentang 'Bahasa Rojak'? Apakah definisi bahasa rojak yang sebenarnya?

Menurut Malaysia Wikipedia "Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu."

Sebenarnya, tanpa kita sedari, dalam pertuturan seharian banyak yang kita telak rojakkan. Dalam post saya ni, bukanlah bahasa rojak yang nak dibangkitkan, tapi perihal penulisan sesuatu perkataan Bahasa Inggeris yang dimelayukan. Paham x? hehehe...

Kita skrg lebih byk menggunakan laman sosial spt FB, Twitter dan lain2.. Menulis lebih banyak dari bercakap. Apa yang kita tulis masa komen di fb, tweet, skype, chatting di YM dan sebagainya? kebanyakknnya bukan untuk tujuan formal kan. Mcm makin complicated jek ayat aku ni.. heheh.. Takpela, tgk contoh2 kat bawah ni..


 Sumber : En google

Contoh2 Bahasa Inggeris yang diMelayukan :-

- Diskas --> Discuss
- Kazen --> Cousin
- Tenkiu --> Thank You
- Wekam --> Welcome
- Omai --> Oh my
- Eksersais -->exercise
- Sori --> Sorry
- epi --> Happy
- Besday --> Birthday
- Babai --> Bye
- Gud --> Good
- Boipren --> Boyfriend
- Prenz --> Friends
- Mebi --> Maybe
 

Ni lah contoh2 yg penah sy tgk. Ada banyak lagi kot. Apa2 pun tak kisahlah asalakan mesej yang kita nak sampaikan tu org lain paham. 

"Kindness is the language which the deaf can hear and the blind can see"

28 September, 2012

Serabut. Stress. GERAMNYEERRRR!!

Hadoi, bulan sept ni tak sempat nak update blog. Banyak sangat kerja kena buat. Kena buat kerja untuk orang2 yang pemalas. Penat. Letih. Stress. Nyampah semua ada...

 
 Ada dua jenis manusia yang dlm team  ni membuatkan kitorang jadi gila.

Sorang ni dengan pemalasnya, Kerja tak pernah nak siap, tahu datang lambat, lepak2 bekpes sampai pukul 11. Ciri2 ada dalam post sebelum ni (Click sini). Makin hari makin sakit hati nak tengok muka dia.. Yang lagi sorang ni xde bezanya, dua2 lebih kurang je. Bila tak siap kerja, takut meeting mulalah MC. mcm la orang tak tahu.. Tapi ni lah hakikatnya. Letih nk layan kerenah dua2 ekor ni....


"Kalau kerja main2, malas kerja baik berhenti je dari menyusahkan orang" - Peribahasa sendiri-
                                      

07 September, 2012

Masih Ingat.. Belajar dari kesederhanaan


Masih ingat...
Kami dibesarkan penuh kasih sayang oleh mak & abah..
Hidup tak senang, susah mungkin tapi masih ramai yang susah dari kami...
Dari kecil kami pindah2.. semasa saya (anak sulung) kami menyewa di mentakab, abah jadi cikgu.. Masa ni mak kata gaji abah cuma rm150 sebulan. tahun 1988. masih mampu hidup harmoni...
Kemudian kami di Terengganu, hingga adik ke 3. Abah berkursus di sana.. saya pernah cerita dlm entri sblm ni.. (klik sini).. Setahun di sana, byk pengalaman. Waktu itu hidup juga susah. Abah cerita. Kenderaan kami cuma basikal. abah ulang alik ke Maktab, kedia, masjid dengan menaiki basikal. Itulah kehidupan. Waktu itu sudah cukup seronok.. Kemudian kami duduk pula di Jengka 23. Disanalah kehidupan sederhana bermula. Kami ada kereta, cuma kereta katak kuning. Cukuplah. Di jengka hingga adik ke lima.Jarak kami adik beradik rapat. Boleh kata setahun seorang. Jalan kaki ke sekolah jadi biasa.. tak pernah merungut.. Gaji abah sedikit, tapi kami tidak pernah lapar... Alhamdulillah. Kemudian kami pulang ke kampung. bermastautin di kampung. Duduk rumah wan and aki. kami tiada rumah sendiri. abah pula sambung di maktab. kemudia adik bongsu lahir. abah pula dah habis kursus. mengajar di sekolah sanggang. Kereta kuning dah tak boleh digunakan. nak repair tak mampu. Abah menumpang orang ke sekolah. Saya darjah 2 dan adik ke 2 darjah 1 dihantar mak dengan motor arwah aki ke sekolah. kadang kala jalan kaki. kalau nak balik kampung pula, masih saya ingat. adik beradik 6 org. mak bawak 1 motor dengan 3 anak, abah dengan 1 motor lagi dengan 3 anak. Kami berkonvoi. kalau hujan kami berhenti,.. duduk bawah surau, bwh masjid berteduh sampai hujan reda. kami tak pernah rasa susah. mungkin kami masih budak2... Tapi kami sabar. 
Tahun berikutnya, Alhamdulillah.. berkat usaha abah kami ada rumah sendiri. walaupun belum sempurna, tapi sangat bersyukur ada tempat berteduh. Abah buat sendiri rumah. Bayangkan, abah tak pernah pon belajar buat rumah boleh bina mahligai yang kami boleh berteduh. Saya pernah bantu abah bancuh simen, cat atap. adik2 pon sama.... Kami seronok ada rumah sendiri... Untuk teruskan hidup, mak berniaga ais krim malaysia. Alhamdulillah... rezeki kami. Waktu ini kenderaan kami cuma sebuah moto kriss dan basikat tua peninggalan arwah atuk. Abah pergi mengajar naik motor. mak pulak hantar adik2.. Masa umo sy 11 tahun, mean darjah 5 abah beli kereta proton saga lama. cy 9006. kami sgt2 seronok. kereta ni la yg bwh kami 8 org kehulu hilir.. 
Masa sy darjah 6, abah dapat sambung buat degree di UKM. sekali lagi kami diuji. Gaji abah separuh.sy dan adik2 tengah membesar dan sekolah. perbelanjaan besar.. tapi Alhamdulillah.. ada rezeki utk kami. walaupun rasa susah sikit tapi boleh la teruskan hidup. Masa saya form 3 abah habis study.. lepas tu rezeki keluarga bertambah. Abah dapat mengajar sekolah menengah, gaji pon Alhamdulillah. Hingga sy masuk matrik di perlis, abah beli lagi sebuah kereta, Toyota Unser. Itulah yg jd kenderaan kami smpai ari ni..
Sekarang semua dah besar, dah kerja, sy pon dh beli keta guna duit sendiri.. Alhamdulillah...

Kesimpulan kat sini, saya percaya rezeki untuk semua orang tu ada.. Belajar hidup susah memang bagi pengalaman dan mematangkan kita.. Saya bersyukur dilahirkan dalam family yg berusaha untuk sesuatu bukannya yang mengharap sesuatu itu datang.






05 September, 2012

Cuti2 Malaysia 2012 ~ Terengganu~

Assalammualaikum...

Last weekend, kitorang 1 family pergi terengganu. Holiday ni sambil menyelam minum air jek.. Tujuan asal coz my teh (Adik no 4) nak register kat Unisza. Sudah nk ambik degree itu my little sis..

1/9/2012

Kitorang bertolak dari Temerloh jam 8:30 pagi. Abah menjadi driver. Kami ikut jalan lama, x ikut highway coz nak singgah Kuantan jemput Yud (Adik no 5) yang study kat Kolej Shahputra. Sampai kat Kuantan arround 10:30.

From Kuantan kami gerak ke Terengganu jam 11 pagi. Perjalanan Alhamdulillah Lancar. Abah sengaja bawak jalan tepi laut x ikut highway coz nk tgk2 pemandangan kampung. Perjalanan dari Kuantan ke Terengganu lalu jalan tu agak lama. Kami singgah sekejap kat Kelulut beli Keropok lekor. Abah suggest beli kat situ coz sedap. Yeah.. memang sedap pon. Banyak pemandangan2 cantik sepanjang perjalanan. Paling teruja kami tgk Loji Petronas Kerteh. Besar betul... Lepas dah Kematu bontot semua kami pon sampai Kuala Terengganu...

Sefood2 ini menyambut ketibaan kami... heheh

Replika Batu Bersurat... 


Then kami teruskan perjalanan ke Unisza. nak usha2 dlu tempat study Teh, kata abah. Then kami terus ke Batu Rakit menuju ke Homestay. Selesa betul Homestay kami tu. Murah pulak tu.. Berbaloi2.. Homestay tu namanya Homestay Batu Rakit.. Sape2 nak pergi Terengganu boleh visit blog ni http://baturakithomestay.blogspot.com/.. Kami punya Homestay 3. Selesa betul. Untuk 2 malam cuma RM300. Boleh masak, basuh baju bagai...

Petang after solat asar, Abah bawak kami ke satu tempat. Sepanjang perjalanan abah cerita. Tempat ni adalah rumah sewa kami dahulu. 20 tahun yang lalu masa abah kursus di Maktab Perguruan. Masa tu cuma ada saya, angah and adik no 3. Saya ingat sikit2 la masa kat situ.

Rumah Sewa kami 20 Tahun lepas.. Masih elok... Rupa pon masih sama...

Budak 2 orang ni x pernah jumpa perigi rendah... hahah

Fambar Kenangan dengan Mak Yah sekeluarga. Mak Yah (Tudung Merah) ni owner rumah sewa tu. Alhamdulillah rezeki kami nak jumpa dia. Mak Yah masih sihat. 


2/9/2012

Hari Kedua di Terengganu, pagi2 kami dah bermandi Manda kat Pantai Mengabang Telipot. Mandi pagi2 kul 8 pagi memang syok coz xdek orang lain. Rasa macam pantai tu kami yang punya.. hahaha

Org paling Sukerr dapat mandi manda....

Boleh tayang Pic bayang2 jek ok.. pic sebenar agak seksi... hhehehehe

Then, lepas puas mandi manda, kami balik homestay and bertukar pulak.. Lepas semua siap kami pegi Pasar Payang pulak... Shopping2 baju batik.. then kami pergi tgk Masjid Kristal, nak masuk Taman Tamadun Islam xckup time pulak coz hari dah petang... letih dah nak taip.. tgk jek la pic kat bawah ni,,, heheh


Jumpa Beca purple.. 

Kat tangga Pasar Payang... adeiii... kat sini pon nak bergambar

Sangat shanteekk beca ni.....

K.A.M.I di Masjid Kristal...

Sang gadis2 menggedikss seketika...

Gedikss lagi...

Adik pulak rampas takhta Adik Beradik Bunga dari Teh... 

Naik Tangga nak ke Bukit Puteri...

Meriam....

Tengok anak bulan.... hehhe

like dis pic... cute2 semua adik2 ku.. heheh


3/9/2012



Untuk date ni hanya pic ni boleh tunjuk.. ada drama sebabak time ni... Teh (Baju purple) muka dah nk nangis kena tinggal kat Unisza tu... Dia study Degree Accounting. Study elok2 teh... Nanti raya Haji kita jumpa lagi... sob...sob...sob...


-SEKIAN-



Since I'm always working, my best holiday memories are definitely when I can just go home and spend time with my family.
Chris Brown




29 August, 2012

Burger Bakorrr

Fenomena Burger Bakor memang dah melanda lama dah kat Malaysia ni.. 
Baru2 ni jek sy ngan en chenta hati berkesempatan nk berusaha mencari... Tertiba beliau ngiyau2 nak makan... I follow jek...

Pencarian pertama kitorang bermula kat wangsa maju. Orang2 cakap g kat sana la.. kitorang pon pegi.. adalah satu kedai burger bakor ni... Semangat2 dah sampai sana, parking jauh xpe.. jalan kaki penat sikit xpe, teruja punya pasal... layankan ajer sumer... maka kami pon tiba kat kedai tersebut...

Kedai cantik, org pun tak ramai, mesti dapat cepat ni.. kami pon mengorder la.. Sy try yg standard ajer, dia nak double.. hambik la janji puas hati.. sumer RM27.. mak aiii... xkisahla, dia yg bayor... hahaha...

Ni lah bill kitorang...

15 minit dah berlalu, aik?? lambat bebenor... rasanyer kitorang jek customer yg ada kat situ.. hamboih, setengah jam pulak kena tunggu... after 36 minit barulah dapat burger kitorang.. keterujaan kembali, kitorang bukak bungkusannyer and... dammmmmmmm... sakit hati..

"xsedap, mcm oblong jek:" en chenta hati ckp.. memang pon... xdek ape yg spesel pon.. tension. serius x sedap and indah kabor dari rupa.. terbakor rasa.. nk snap pic burger pon maleh.. huuhuh


Kesian... muka frust.. huhuhu

malam tu kitorang pon pulang dengan sedihnyer n sgt2 frust... 


Esoknyer, mean semalam, dia ngiyau lagi nk mkn burger bakor.. haishhh.. buang tebiat ke ape... katanyer nk jugak cari yg sedap tu... kwn dia kata ada kat ampang... ape lagi, lepas solat maghrib kitorang pon mulakan perjalanan ke ampang... cari punya cari last2nyer jumpa jugak Dagang Food Court. warghhhh.. Burger Bakar Abg Burn... teruja sangat... ramai pulak org. Gerai dia biasa jek tapi meriah... apa lagi, beratur panjang la order... Sebab kekenyangan lepas Potluck raya kat opis, kitorang decide beli 1 jer... 

lepas order bayor, rm16 jek... tunggu pon sekejap jekk.. barulah dapat burger bakor sebenar.

Ni lah burger kami beli.. barulah terliur nak makan... terbaik la.. memamng sedap... TERBAIK...

Disebabkan xde tempat nk duduk, dalam kete jek la kitorang menjamu selera... apa2 pun, Burger Bakar Abg Burn memang sedap... 10 bintang...




28 August, 2012

Rumah Terbuka @ Open House

Alhamdulillah, raya ni kami sefamili sempat buat open house pada raya ke 4.

Menu2 dalam open house ni adalah:-

1. Mee Kari (Menu Utama.. memang licin)
2. Mee Goreng Version saya... (Org2 last datang dah tak ada mee kari, mee goreng jek la dapat)
4. Agar2
5. Kentang goreng, sosej goreng
6. Kuih2 raya...


Tetamu menjamu selera...

Geng2 yud... budak2 baru lepas sekolah...

My Maklang and Pak Lang.. sedondon tu... 

Mee Kari yang sangat laku... Terbaik la masakan Mak...

Kami yang kekenyangan.... burrpppp...


Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku.. Makanan pon habis.. InsyaAllah untuk raya akan datang kalau ada rezeki akan buat open house lagi... 



Daripada Muaz r.a, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya,

“Wahai Muaz, susulilah kejahatan dengan kebaikan, maka kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada orang lain dengan akhlak yang baik.”

27 August, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin...

Sekejap sangat rasa bulan Ramadhan tahun ni.. puasa pon tak penuh.. hihihi

Raya Tahun ni best sangat coz dah ada duit sendiri. Alhamdulillah... Tahun ni mampulah nak buat persediaan raya, beli baju adik2, kuih2 raya..

Tahun ni xdek kaler tema.. belasah jek.. Tapi yg penting rumah kitorang jadi mcm taman bunga hasil usaha mak.. hahah.. sangat fanatik terhadap bunga ibuku itu...


Baju raya 1st saya n adik.. sedondon...

Teh ngan De kebiruan.. ni patutnya baju raya ke 2.. gedix..

Kami bertiga,... Angah xdek, raya kat perak... 

Siap nk g jalan2... Yud jadi driver.. mak ngan abah duduk tengah kitorang ber3 duk blakang...




Imam Tabrani r.a. berkata yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”