14 August, 2012

Jadual Pekerja CEMERLANG

Berapa jam sehari purata anda bekerja? 


Sumber - Google


Opis hour start pukul 9.

9:30 pagi 
Baru sampai opis. On PC/Laptop. Duduk2 kejap. Lap2 mouse sikit. apasal berhabuk sangat ni.. hrmmm

10:00 pagi 
Krookkk.. perut bunyi. Laparla. Turun mamak kejap breakfast. Tepon member ajak turun.

10:15 pagi 
Sampai kat mamak. lambat sebab tunggu kawan kat lif. order roti canai 2 keping teh tarik secawan. Makan2.. Borak2 kejap.. bla..bla..bla.. Hisap rokok sebatang dua.. borak lagi.. bla.. bla.. bla..

10:50 pagi
Naik office semula. Bos tak masuk lagi.. bagus..Check email. ermmm.. xde email bos. g kat google chrome. type facebook.com. Login. tgk notification. ada 11... ooo.. post semalam ramai komen. reply balik. Eh, BFF masa belajar dlu ni request to add as friend. accept jap. belek2 wall dia.. oooo.. dah kawin. makin lawa. rugi tak ngorat. oppss.. lupa anak2 i pon dah besar.. gelak sorang2... "Good morning Team.." dengar suara bos. Balas Good morning jugak. Senyum kat Bos. buat2 mcm wat keje.. Layan FB balik.

11:30 pagi
 scroll down sikit kat FB.. hurmm.. apa ni? video 'perkahwinan muda'? menarik.. klik link. layan jap.. oooo...ada lagi la video best.. syok jugak layan ni.. menguap jap.. smoking break. ajak 2-3 org member berasap-asapan kat tempat biasa.. hahah.. gelak2 citer pasal olimpik. sorang2 citer..

12:00 Ptg
Segar sikit dah berasap. Tgk PC/Laptop semula. Hrmmm... email masuk pulak.. oo.. email utk org lain. cc jek kat i.. abaikan. "Abu.. yang quotation tu semua dah dapat?" Dengar suara bos tanya. "Ooo.. I dah email, tapi tak da reply lagi... nanti I follow up" jawab. "Ok" bos cakap. Dekatkan tepon opis. Try call. No answer. try lagi skali.... xdek la tu. Biarkan. Pegi page lain pulak layan. Google. type "Cerita pelik dan ajaib". search.. Jumpa page. Pakai headphone kejap. nnt bos panggil boleh wat2 x dgr.

12:40 ptg.
Cepatlah pukul satu.. lapar dah ni... layan lagi page pelik ajaib. aik, ada org chat pulak kat FB. reply jap,  seronok pulak.. layan la..

12:55 ptg
Ok.. ready utk pegi lunch. log off pc dlu. call member ajak lunch. gerak slow2. naik lift turun kat mamak. order nasi goreng ayam. sayur lebih. borak2.. bla..bla..bla... rokok sebatang dua dulu... nasi sampai. makan2.. borak2.. bla..bla..

2:00 ptg
Still kat mamak. Nasi, air semua dah habis. Eleh.. bos pon tak masuk lagi. sambung lepak. gelak2.. buat lawak bodo sikit.. member gelak.. hahahaha... gelak sama2. jom lah gerak, member ajak. bangun, bayar kat mamak. jalan ke opis. opss... beli topap kejap.

2:30 ptg
Masuk office semula. duduk2 jap.. tgk boss tak masuk lagi.. tdo kejap la.. krohhh.. krohhh..krohh

3:00 ptg
Alarm bunyi. bangun, basuh muka. fuhhh.. nasib bos tak de lagi. tanya kwn sebelah. 'boss meeting' katanya,.. lega... duduk semula kat pc.. bosan la pulak Fb xde apa2 yang best. youtube kena block pulak. cisss... ooo.. hari ni tak baca berita lagi. kosmo online. fuyooo... banyak jugak berita best.. layan semua..

3:40 ptg
Ngantuk pulak asyik baca berita jek... smoking jap. Macam bese, ajak member2... layan dua tiga batang.. borak2.. bla..bla.. bla..

4:10 ptg
Assistant bos pulak panggil tanya keja yang last week bila nak siap. adeii.. sibuk jek. patutnya i kat tempat dia tu.. cisss... godek2 pc/laptop semula.. ala... keje ni minggu depan boleh buat. buat sebelum meeting nanti la... bukak dokumen tu, betulkan ejaan sikit2.. ada call pulak. "Abu, u buat apa skrg?" Si assistant bos ni tanya lagi. "I buat yang u tanya tadi la.. sikit lagi nak settle ni.." Balas. Hishhh.. bosan la. "Ok.. lepas ni dah siap email terus kat CEO.." Pesan dia. OK.. jawab dalam hati. letak phone.

4:40 ptg
arghhh... malasnyer. Cepatlah 5:30... fikir alasan nak balik sharp 5:30. Set kat phone alarm guna bunyi sama ngan ringtone. 5 minit bunyi.. "Yer2.. ok.. nanti I balik cepatlah... ambik anak2 sekali..." Cakap sorang.. Cakap kuat sikit bg org lain dengar.

5:00 ptg
"Encik Abu, pls prepare 100 kita punya sales kit boleh?" Budak subs lain pulak msg.. aisehh... "Nak hari ni ke?" reply balik. "ASAP la... kalau boleh hari ni.." Budak tu reply... "Tak sempat hari ni, I banyak keja.. u dtg ambik form dlu.. esok I bg barang" Reply.. Geram. suka sangat kacau org dah dekat2 nak balik ni. Bukak folder Sales kit. print form.. Jalan slow2 ke printer. alamak.. paper habis pulak. bebel2.. ambik form yg dah print.

5:30 ptg
"sorry lambat.." Budak tu dtg. nak ambik form. adoii.. nak balik dah ni. "Isi ni, esok bagi nanti i  bg brg" Cakap smbil simpan laptop dalam bag. "Err.. ni sape nak sign?" Tanya banyak la budak ni.. "U sign pastu boss u. I dah nak balik ni.. esok la hantar" Tolak kerusi kedalam.  Nak balik sebelum boss abis meeting. malas nak stay back..

5:40 ptg.
Balik..............

13 August, 2012

Selamat Pagi Isnin

Selamat pagi Isnin...
Hari ni dah 13/8/2012... semua dah xde mood kerja.. hahah
mood beraya sudah berada di tahap 80%... 
Fokus kat kerja menjunam sikit...

Hari ni, perkara yang ada dalam pikiran adalah..

1- Manik kat lengan baju tak siap jahit lagi
2- Kuih raya banyak, kena beli bekas kuih raya lagi
3- Agak2 jem tak balik ari jumaat nanti
4- Rumah nak hias macam mana ek
5- Duit raya tak masuk sampul lagi..
6- bla..bla...bla....

Seronoknya hari raya.. tak sabar nak beraya... 

10 August, 2012

Iklan Raya Terbaik!!

"Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love." Sumber dari youtube


Dalam kita rasa kita hidup dalam kekurangan, ada lebih ramai orang lain yang kurang dari kita. Kita patut rasa bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH bagi pada kita. Bersyukurlah kita dilahirkan sempurna, masih mempunyai keluarga, ayah dan ibu utk meraikan hari raya. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Malique feat Black Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


D.I.A.R.R.H.E.A

" Diarrhea is defined by the World Health Organization as having three or more loose or liquid stools per day, or as having more stools than is normal for that person"  
Sumber dari wikipedia.

Secara bahasa melayunya, Diarrhea ni cerry berry / Cirit Birit la... 
Ini ada sikit research pasal ni...

Tanda/Gejala

1. Kekerapan membuang air besar. Lebih dari biasa.
2. Najis yang berair dan cair.
3. Angin.
4. Kehilangan selera makan.
5. Adakalanya demam.
6. Adakalanya terasa mual dan muntah.
7. Sakit otot.

Punca-Punca


1. Air yang tercemar.
2. Makanan yang tercemar.
3. Intoleran makanan.
4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus.


Cara Merawat


1. Minum banyak air.
2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu (milo, susu tepung, susu cair, horlick).
3. Ambil cecair rehidrasi oral @ ORS
4. Ambil makanan yang lembut seperti bubur, biskut kraker atau roti bakar.
5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah
6. jika berlarutan lebih dari 2 hari, sila jumpa doktor semula
7. Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berunding dengan doktor





Watikah yang diterima.... 

Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”


08 August, 2012

I'm going to be an Aunt

I'm so so SOOOO excited to FINALLY be able to announce... I'm going to be an AUNT!!! 


Actually dah 2 month pon. Teruja kot.. hehehe



Start jek tau my adik pregnant, semua teruja. Semua start susun atur panggilan yg bakal digunakan.  Berikut adalah senarai panggilan yg bakal baby tu panggil kitorang :-

1- Abah ( Atuk la... ape lagi)
2- Mak  ( Tok Wan <-- Request dari mak sendiri)
3- Me ( mamalong/maklong/ embong?? (cannot be..cannot be) )
4- Angah ( ibu la.. anak dia kan)
5- De ( Mamade/makde )
6- Teh ( Mamateh / Ateh)
7- Yud ( Pak andak)
8- Adik ( Pak cu)

Once tahu angah pregnant, maklong ni yang lebey2 usha blog2 brg baby.. maklumlah teruja.. 

Ape2 pun didoakan agar selamat semuanya sampai keluar baby... due datenyer 23/3/2013... 



Sumber dari Mr google


"Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

07 August, 2012

Makan-makan di bulan Ramadhan

Makan2 di  bulan Ramadhan...Ini bukan pasal makan time berbuka @ Iftar
Mahupun makan sahur...Tapi ini kisah peradaban manusia yang kurang adabnya...
Budak kecik pun tahu nak makan menyorok kalau tak puasa...Budak kecik pon ada rasa bersalah....

Jamuan makan seolah2 bukan Ramadhan...Jika anda tak nak hormat orang sekeliling, hormatlah agama...
Tak perlulah menjadi terlalu barat.... Tak kemana pun... Sedih bila dikalangan orang itu adalah bapa2 orang, bakal suami org, suami org, bakal ibu, bakal isteri... macam mana nak pimpin keluarga... Insaf2lah...



Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)