07 August, 2012

Makan-makan di bulan Ramadhan

Makan2 di  bulan Ramadhan...Ini bukan pasal makan time berbuka @ Iftar
Mahupun makan sahur...Tapi ini kisah peradaban manusia yang kurang adabnya...
Budak kecik pun tahu nak makan menyorok kalau tak puasa...Budak kecik pon ada rasa bersalah....

Jamuan makan seolah2 bukan Ramadhan...Jika anda tak nak hormat orang sekeliling, hormatlah agama...
Tak perlulah menjadi terlalu barat.... Tak kemana pun... Sedih bila dikalangan orang itu adalah bapa2 orang, bakal suami org, suami org, bakal ibu, bakal isteri... macam mana nak pimpin keluarga... Insaf2lah...



Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

04 August, 2012

Kenyang SKALI....

2/8/2012 opis ada buat bukak puasa ramai2... This time staff HQ and SCALE yang join.


Date:  Thursday 2nd August 2012
Time: 7:00pm onwards
Venue:  Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur (Main Clubhouse)  (Copy Paste dari email CAD)

Kitorang gerak dari opis dalam pukul 5. Sampai sana awal jugak. So, sementara menunggu org2 lain smpai, mcm2 la aktiviti kitorang...



Pose2 SCALE + HQ staff sesat (I lah tu..) :)



Yang baju hijau tu Puan Lidya... heheh Puan yang Happy sokmo

Konpius dengan hubungan diorang.. heheh 




Bila dah pkul 7, kitorang pun ambik tempat duduk masing2... 10 minit pas tu, masing2 bangun ambik makanan...

Set 1.. Tamak sangat... heheh


Set 2... sedap jugak... semua ambik ikut nafsu...


Himpunan juadah atas meja kitorang... giler la sume.. mcm xmakan setahun



Lihatlah kami dengan meja penuh.... Yang depan ni cik perut naga si ayu... 'body kancil tank kembara' 


Muka kenyang semua.... yang tinggal tu memang dh tak mampu dihabiskan... 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas."
(riwayat al-Bukhari)


02 August, 2012

Lelaki & Cinta...

Salam,

Topic ni mcm klise jek kan.. tapi still menarik utk dibicarakan..
Betul ke gurl akan lebih sedih/stress bila putus cinta?
Perlu ke ada cinta untuk hidup?
Walaupun sang jejaka nmpak kental, adakah hatinya juga kental bila ditinggalkan?

Saya tertarik dengan blog ini http://syariemann.blogspot.com
Beliau membicarakan cinta di hati sang lelaki. Ceritera perit, manis, masam, masin (Ada ke?) dan 101 tentang cinta belia, rasa hati beliau......

Jom Follow blog  ' Tentang Lelaki Ini Masih Mencari Cinta Abadi ' 

01 July, 2012

Selamat Pengantin Baru

17/6/2012, dengan sekali lafaz, adik saya 'angah' selamat menjadi wife kpd ejoi.... Alhamdulillah... Setelah 3 tahun menyulam cinta, setahun bertunang, selamat jugak dia jadi wife to sumone yg dia syg... Congratz Angah!!...

Berarak ke rumah... Tgkla sape jadi pengapit tu.. Namapak kurus seyy.. hahahha




Welcome to our Family Ejoi... 

Time Majlis bertandang... Oren sangattt.. I like... hehehe





Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " - Ar-Rum : Ayat 21

20 March, 2012

Maksima!!!


Kesabaran...
Maksima sudah...
Mengalirkan butir2 jernih di pipi...

Akur...
Maksima juga..
Asyik mengangguk 'ya'...
Tidak pernah menolak...
Tidak pernah mengata tidak...

Buli...
mereka akan tetap membuli..
Pantang 1 kemahuan dituruti...
Terus-terusan membuli...
Hanya mementing diri....

Tugas dan amanah...
Tanggungjwab dan tanggungan...
yang mengikat untuk terus ada disini...
Berdiri pasrah...
Masih terus pasrah...
Menanti agar mereka mengerti...
Dan akan menghormati....

"Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik."

13 March, 2012

Vanilla Coklat


Vanilla Coklat. Sape minat angkat tangan...
Memang best citer ni. Kisah cinta Zara and Amir
Kisah kawen paksa pastu bahagia.. walaupun dh mcm bese jek tp citer ni lain...
Tetap best sangat2...
13/3/2012 pukul 9 malam (Hari ni) episod last citer ni...
.
.
.
.
Jom tengok ramai2...
Bersedia tersengih2 bila tgk part romantik..


"Kalau I tahu kahwin dengan you suatu yang indah...I yang masuk pinang you sendiri..."
Amir Ashraf


2012

"Qila.. memang dah bersawang kot blog ko"

hahaha.. nasebla.. banyak sgt keterbatasan utk update blog ni. (Alasan sangat)

Tak tahu macam mana nak start semula. Asyik perkasamkan jek blog ni.

Update 2012

1- Kerja baru
Alhamdulillah... sekarang dh dapat keje permanent. Keje kat company IT as Marketing Communication Executive kat SKALI ( Alam Teknokrat) . Promote sat.. view website www.skali.net


2- Cerita/Cerpen/Novel??
Jeng..Jeng..Jeng... memandangkan dh keje skrg, busynyer tak hengat tau. Memang tak de masa pon nk kembali terjun berenang2 dalam bidang penulisan ni. InsyaAllah kalau ada masa, adalah terkeluar citer baru. Tapi sblm ni ada jugak mengarang2 citer and save dlm thumdrive. Tapi xde rezeki, rumah masuk pencuri, habis dia ambik. so.. menjawabla nk kena buat citer baru.. huhhuu


3- Kesihatan?
Alhamdulillah.. so far dah ok. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, masih amalkan apa yang ustaz bagitau, sebulan sekali pergi jugak jumpa ustaz. Harap-harap semua tu tak berulang lagi.


“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”