13 August, 2011

Tanda-Tanda Ada Gangguan (Sihir,Jin Dll)

Tahu tak kita sebenarnya terdedah untuk mendapat gangguan-gangguan seperti ini. Mungkin kadang-kadang kita tak perasan. So, saya nak share sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan apa yang pernah saya alami. Antara tanda2nya ialah:
  • Rasa Kebas dan panas pada anggota badan.
  • Sering pening, sakit kepala dan mabuk yang bukan disebabkan oleh penyakit.
  • Perubahan sikap pada diri pesakit. Mungkin jadi cepat pemarah dan tersentuh.
  • Seperti merasa ada sesuatu bergerak dalam angggota tubuh.
  • Suka menyendiri di dalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.
  • Badan, tengkuk berasa bahang dan gelisah mendengar bacaan Al-Quran.
  • Dukacita dan selalu kesal.
  • Tidak mahu tidur/sukar memejamkan mata sambil merasa seram dan takut.
  • Banyaknya terjadi pertikaian di dalam rumah di antara suami-isteri dan antara anak-anak.
  • Warna wajah muram, pucat dan kekuningan.
  • Mendengar suara bisikan di telinga. Kadang2 telinga berdesing.
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
  • Melihat jelmaan jin secara terus.
  • Mimpi dilanggar kenderaan dan melihat darah bertaburan di jalanraya.
  • Mimpi diterkam, bergelut dengan makhluk yang menakutkan sebaik sahaja mula terlena.
  • Mimpi melihat binatang yang menakutkan seperti ular, harimau, buaya dsbnya.
  • Mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau orang yang mati.
  • Mimpi berada di awang-awangan, tempat-tempat tinggi seperti gunung, bukit atau hutan lalu jatuh ke bumi.
  • Tempat berbau busuk atau kemenyan.
  • Keadaan keluarga porak peranda.
  • Nampak kelibat atau bayangan kemana sahaja pergi.

Andainya ada salah satu dari tanda ini, segeralah berdoa agar Allah menghindarkan kita dari gangguan Jin ini. Jika serius, dapatkan segera rawatan secara Islam. InsyaAllah.


Sumber: Pusat perubatan Darussyifa Mentakab
http://dsyifamentakab.blogspot.com

07 August, 2011

Penyakit Misteri Siri 2

Seperti yang dijanjikan... ini adalah sambungan penyakit misteri sy..

Selepas kena kali ke 3, dalam tempoh seminggu, saya beransur pulih dan bercadang pulang semula bekerja... Tapi sesuatu berlaku.

Satu petang, kami sekeluarga pulang ke kampung, Kampung Teluk Ira yang mana dlu kami duduk kat sana. Kami balik rumah lama. Bila jejak kaki kat rumah, sy rasa bulu roma naik.. rasa semacam.. sy ckp kat mak.. tp mungkin perasaan je kot.. sy abaikan


Lepas 2.. esoknya, kami sekali lagi pulang ke kampung. kebetulan Wan saya tdo kat rumah kami, so kami hantarlah wan balik esoknya. saya tak turun pun dari kereta. cuma singgah sekejap untuk wan turun.

balik shj kat rumah di Temerloh Jaya, sy ada ckp kat adik yg kepala sy sakit sgt.. pastu saya masuk bilik.. sy tertidur.. xlama lepas tu sy rasa semacam dan menangis lagi..


dalam sedar tak sedar, kepala sakit sgt2 angah (adik no 2) bwk sy msuk blik air.. tup2 sy pengsan.. kaki xlarat nk berdiri.. sy dah x sedar sgt..

parents bwk sy terus pergi Darul Syifa semula.. sy masih blurr.. dlm sedar tak sedar jek..
sampai kat sana, ustaz ishak ubatkan sy lagi.. masa dia picit ibu jari kaki, sakit sangat2..
sy tak berapa ingat, cuma sy nampak byg2 sesorang yg sy kenal pada langsir bilik rawatan tu..
kalau betul dia yang buat, Semoga Allah bagi balasan setimpal..

kali ini kena, saya tak boleh berjlan langsung.. seminggu saya terpaksa menyusur, diusung dan sebagainya. Seksa sangat rasanya..


Tuhan uji saya dengan kesukaran ini. Dalam perit begitu saya tetap bersyukur. Keluarga banyak membantu.. walaupun masa tu emosi saya sgt2 down, adanya org2 sekeliling jdkan sy lebih kuat.
saya ulang alik berubat lagi.. hari2 rendam kaki.


Selepas seminggu lebih saya dah boleh jalan sikit2.. Saya ada jugak pergi klinik buat check kot2 ada masalah lain. Doktor ckp maybe prob saraf.. dia mintak saya pergi refer doktor pakar.. saya cuba cara tradisional dlu.. ubat2 klinik ada jugak makan..

Pertengahan bulan tiga, saya dengan bertongkat payung pergi ke opis (AIA) untuk hantar surat resign. sedih memang sedih, tapi saya terpaksa buat juga lebih2 lagi rawatan makan masa yang panjang. banyak sebab knp terpaksa resign. mcm mana sy nk ulang alik sedangkan kaki tak berapa kuat. trasport sy cuma lrt dan bas.


sampai sekarang sy duk rumah jek. masih dalam proses pemulihan. InsyaAllah klu ada rezki mybe sy akan smbung belajar.

setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam keluarga saya mula2 yang dapat penyakit mcm ni Aki saya. Arwah dah meninggalkan kami pada raya ke6 2010 (15 sept 2010). next, Mak Ngah saya yang juga telah kembali kepada Pencipta kita pada 22 Julai 2011 baru-baru ini. Saya org ke3. Moga Allah panjangkan umur saya. Saya sentiasa berdoa agar tiada lagi yang menjadi mangsa lepas ni.

Saya masih tak faham kenapa "Orang itu" lakukan sebegini pada kami. Apalah yang dia dapat dengan buat mcm ni.. tak faham btl.. Moga Allah balas semua yang dia lakukan. Saya tak mampu buat apa-apa. ada jugak yang cadangkan supaya balas balik, pulang balik cara halus.. tapi malaslah.. biarlah Tuhan saja yang Tunjukkan.

Sekian




Penyakit Misteri

Salam.. dalam entri kali ni nk story2 sikit masalah kesihatan yang sy hadapi.. coz prob ni lah jugak sy x update blog ni hampir setahun..


Kali Pertama

Bermula sebenarnya hujung 2010.. ms tu sy final year kat UKM.. selalu sangan demam.. bila demam tak kebah2.. ms 2 baru jd kes H1N1.. risau jugak.. so sy pegilah Pusat Kesihatan UKM


setiap minggu kena datang dan setiap minggu jugak kena ambik darah.. Doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.. Ubat dah makan macam2 jenis.. Tapi still sama.. Demam sampailah Final Exam..

Lepas tu start pulak sakit2 badan.. kaki sentiasa rasa lenguh2, kebas.. time cuti sy balik kg kat Pahang.. sy ingat lagi, malam 2 tgh tengok Anugerah Bintang Popular 2009 kat TV3.. lapas habis sy bangun nak masuk bilik tidur.. kaki sakit sangat.. tak boleh nak jalan.. So, saya menyusur je kat dinding dengan bantuan mak...

Esoknyer, badan still sakit2.. kaki pun sama.. sy duduk di rumah shj.. sambil tengok tv sy tertidur kat ruang tamu.. pas tu sy menjerit. saya dah tak sedar. Mak kata saya jerit, lepas tu mak bawak saya pergi rumah jiran belakang yang kebetulan boleh mengubat sakit2 mcm ni.. saya dalam sedar tak sedar jalan sambil dipapah dua adik lelaki. badan sangat lemah. apa yang saya tahu, saya rasa mcm ada sumting sekat pernafasan sy.. sebab tu sy jerit kot..


balik rumah mak dan adik2 bacakan yassin.. sy minum air jampi dan berubat juga dalam masa yang sama.. 3 hari berturut2 mandi air limau nipis dan rumah diasap dengan kemenyan.

Kali Ke-2

kali ke 2 ni saya kena masa praktikal. Jam 12 tengahari masa kat opis. tetiba saya rasa seram sejuk. kaki tangan saya sejuk macam ais. saya menangis. saya tak tahu kenapa sy menangis then trus pegi kat kwn (YUYUN). dia tanya, sy tak tau nak jwb apa. dia bwk sy masuk dalam bilik solat. dia bacakan yasin. Saya kuatkan diri, saya baca ayat kursi. semakin sy bc, semakin kuat "benda" tu menyerang badan saya. kaki sejuk. Yuyun call parents sy n acu -qisatulhayati.blogspot.com-.

Acu jemput sy n bwk ke rumah sewa sementara tunggu parents sy dtg dr Pahang.

Sy pulang ke Pahang dan berubat dengan orang lain pula. Kali ni di Jengka 1 dengan seorang cikgu yang tahu ubat sakit mcm ni. Ada beberapa fakta yang sy dpt dr cikgu tersebut

1) Ada lebih 400 jin pada kaki saya
2) Dah hampir setahun sy "kena"
3) Perbuatan itu dilakukan oleh sesorang yg sy kenal (Bukan kawan sy)
4) org yg buat tu guna minyak org siam mati dibunuh yg disapu pd seluar jeans sy.

Selesai berubat tu, tapak kaki saya mengelupas teruk. sebelum tu tak ada. tapi sakit dan rasa berat di kaki makin berkurangan. Lama jugak saya tak pakai seluar jeans. Takut, risau.. semua ada..

Lepas berubat kali ke 2 tu, Alhamdulillah sy dah tak rasa apa-apa sgt.. beransur2 pulih.. saya amalkan ayat-ayat yang diberi oleh cikgu tu.

Kali ke-3

Kali yg ke 3 sy kena dalam tahun ni. Masa tengah kerja kat AIA. itulah sebab knp sy terpaksa resign. kali ni lebih teruk. Pada mulanya sy ke opis seperti biasa. dlm pkul 12 jugak lebih kurang, sy rasa seriau,takut,sejuk badan dan kaki. Saya menangis juga. Saya terus menuju ke arah opismate sy (Botak). dia ni org pandai silat, dia ada jugak tahu sikit sebanyak ilmu tentang penyakit-penyakit misteri ni. sebelum ini sy dh pernah cerita dan mintak tolong klu ada apa-apa berlaku pd sy.


sy duduk di lantai. badan rasa mcm dicucuk-cucuk. Botak letak tangan dia atas kepala sy. Dia baca sesuatu. sy x dengar pun. lepas tu dia suruh sy duduk balik tmpat sy, jgn pegi mana2.. dia ada nampak sumting belakang sy. Sy akur. Tapi tak lama lepas tu sy menangis lebih teruk. Beberapa org dtg ke arah sy. Kak Eija (opismate jugak) bwk sy g toilet. sy wuduk. Tenang sikit.


Saya call Abah sy n mintak jemput. Sebelum tu, sy cl Ateh mintak dia ambik sy kat opis.. sy dh x larat. kaki semakin lemah. Ateh bwk sy balik ke rumah sewa. Sekali lagi sy menangis dan meraung bila nk masuk tandas. Sy kuatkan diri. Sy wuduk dan solat.

parents bwk sy balik ke kampung. sy dibawa terus ke cawangan Darul Syifa Mentakab.

Ustaz Ishak Abd Rahman yang mengubat sy. Benda yang sama berulang. Memang org yang hantar dlu, buat lagi.. Saya berubat seminggu lebih. dari minum air jampi, mandi air limau campur bunga dan tepuk2 guna daun nangka.

air tujuh jenis bunga

limau pun dicampur dalam air mandian



Daun nangka juga digunakan. Tepuk belakang dengan daun nangka, alas dengan bantal dan kertas. 3 malam berturut2 sy ditepuk. mak yang buatkan. hasilnya, mcm percaya dengan tidak, ada banyak jugak serpihan kaca, hama, miang bulih yang keluar dari badan sy. terkejut....

Dalam bab minum pula, mcm2 kena minum.

air jampi


minyak zaitun

air rebusan tebu hitam dan gula batu



Selama seminggu jugak kena buat semua ni.. Alhamdulillah, lepas seminggu sy rasa dah bertambah sihat.

Tapi...........

Bersambung




2011

Sambungan.........

2011 lain pulak ceritanyer...

----January----

2011 melangkah pulak ke AIA (American International Assurance). Keje Telemarketing jugak la.. Saje mencuba nasib.. Gaji pun tinggi sikit
Location kat Jalan Ampang.. so, masih cara yang sama nk g keje mcm sebelum ni..
Tapi time balik susah cket coz kena naik bas...

kalau nasib baik dapat naik bas Rapid ni.. selesa sikit

kalau tak berapa nak baik kena naik SJ bas.. klasik sikit.. huhuhu
tapi tak tahan sebab ramai sangat yang naik (Orang asing) kekadang rasa
mcm bukan kat Malaysia plak... heheh

ni nak share sikit2 pic masa kat AIA





-------February-------

terus bekerja dan bekerja... komited sesangat coz nak kejar komisen.. dalam pada tu rasa xlarat la pulak coz selalu kena balik malam kul 8.. penat sesangat tapi keje jugak..

end of feb ni berlaku sumting yg menyebabkan sy terpaksa mengundur diri dan balik kg..

Tentatif Hidup 2010

Inilah serba sedikit tentang apa yg jd pd my life pada 2010 (after March-last update)

April~Mei - Final Exam UKM
Final year exam.. giler berhempas pulas jwb exam..




Jun~Julai- Practical kat sebuah company kat Sri Kembangan.. Banyak sangat kerja weih..

















#gambar-gambar yang sempat terakam...


Ogos-Konvo






















Mid of Ogos~ Sept- dah keje kat KL.. lagilah busy... Xbleh nak online langsung..

Vads Business Processing.. A Telekom Malaysia Company..
Kat sinilah start keje.. dengan blur2 mulalah keje jadi Telemarketing. Tugasnya call and buat sales product2 TM.. dari Streamyx samapai Unifi...


Location Opis-Semua House KL

so.. setiap pagilah travel naik Putra dari Ampang Park ke Masjid Jamek pastu jalan kaki ke semua house..

Sept~December- Masih kerja dan kerja..
-dalam bulan oktober g training UNIFI (Pakej Baru TM) kat TMTC


Kelahiran Semula


Assalammualaikum..

Tersangat-sangat lah lama tak mengupdate blog ni.. lebih setahun.
dahsyat betul kan. orang nak berblog dia nk berblog jugak tapi nk update malas.. heheh
mcm2 dah jadi dalam tempoh setahun ni.. banyak reason kenapa x boleh muncul dlm tempoh setahun ni..

1) sibuk (alasan biasa)
2) ada masalah kesihatan (nanti kita story2 yer)
3) Masalah utk connect internet.. (Major sebab ler)

Apa-apa pun, lepas ni InsyaAllah kalau tak ada halangan, akan selalu lah sy mengupdate.. bubbye