13 August, 2011

Tanda-Tanda Ada Gangguan (Sihir,Jin Dll)

Tahu tak kita sebenarnya terdedah untuk mendapat gangguan-gangguan seperti ini. Mungkin kadang-kadang kita tak perasan. So, saya nak share sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan apa yang pernah saya alami. Antara tanda2nya ialah:
  • Rasa Kebas dan panas pada anggota badan.
  • Sering pening, sakit kepala dan mabuk yang bukan disebabkan oleh penyakit.
  • Perubahan sikap pada diri pesakit. Mungkin jadi cepat pemarah dan tersentuh.
  • Seperti merasa ada sesuatu bergerak dalam angggota tubuh.
  • Suka menyendiri di dalam bilik sambil melihat cermin dan bermain dengan rambut.
  • Badan, tengkuk berasa bahang dan gelisah mendengar bacaan Al-Quran.
  • Dukacita dan selalu kesal.
  • Tidak mahu tidur/sukar memejamkan mata sambil merasa seram dan takut.
  • Banyaknya terjadi pertikaian di dalam rumah di antara suami-isteri dan antara anak-anak.
  • Warna wajah muram, pucat dan kekuningan.
  • Mendengar suara bisikan di telinga. Kadang2 telinga berdesing.
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
  • Melihat jelmaan jin secara terus.
  • Mimpi dilanggar kenderaan dan melihat darah bertaburan di jalanraya.
  • Mimpi diterkam, bergelut dengan makhluk yang menakutkan sebaik sahaja mula terlena.
  • Mimpi melihat binatang yang menakutkan seperti ular, harimau, buaya dsbnya.
  • Mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau orang yang mati.
  • Mimpi berada di awang-awangan, tempat-tempat tinggi seperti gunung, bukit atau hutan lalu jatuh ke bumi.
  • Tempat berbau busuk atau kemenyan.
  • Keadaan keluarga porak peranda.
  • Nampak kelibat atau bayangan kemana sahaja pergi.

Andainya ada salah satu dari tanda ini, segeralah berdoa agar Allah menghindarkan kita dari gangguan Jin ini. Jika serius, dapatkan segera rawatan secara Islam. InsyaAllah.


Sumber: Pusat perubatan Darussyifa Mentakab
http://dsyifamentakab.blogspot.com

No comments:

Post a Comment