07 August, 2011

Penyakit Misteri Siri 2

Seperti yang dijanjikan... ini adalah sambungan penyakit misteri sy..

Selepas kena kali ke 3, dalam tempoh seminggu, saya beransur pulih dan bercadang pulang semula bekerja... Tapi sesuatu berlaku.

Satu petang, kami sekeluarga pulang ke kampung, Kampung Teluk Ira yang mana dlu kami duduk kat sana. Kami balik rumah lama. Bila jejak kaki kat rumah, sy rasa bulu roma naik.. rasa semacam.. sy ckp kat mak.. tp mungkin perasaan je kot.. sy abaikan


Lepas 2.. esoknya, kami sekali lagi pulang ke kampung. kebetulan Wan saya tdo kat rumah kami, so kami hantarlah wan balik esoknya. saya tak turun pun dari kereta. cuma singgah sekejap untuk wan turun.

balik shj kat rumah di Temerloh Jaya, sy ada ckp kat adik yg kepala sy sakit sgt.. pastu saya masuk bilik.. sy tertidur.. xlama lepas tu sy rasa semacam dan menangis lagi..


dalam sedar tak sedar, kepala sakit sgt2 angah (adik no 2) bwk sy msuk blik air.. tup2 sy pengsan.. kaki xlarat nk berdiri.. sy dah x sedar sgt..

parents bwk sy terus pergi Darul Syifa semula.. sy masih blurr.. dlm sedar tak sedar jek..
sampai kat sana, ustaz ishak ubatkan sy lagi.. masa dia picit ibu jari kaki, sakit sangat2..
sy tak berapa ingat, cuma sy nampak byg2 sesorang yg sy kenal pada langsir bilik rawatan tu..
kalau betul dia yang buat, Semoga Allah bagi balasan setimpal..

kali ini kena, saya tak boleh berjlan langsung.. seminggu saya terpaksa menyusur, diusung dan sebagainya. Seksa sangat rasanya..


Tuhan uji saya dengan kesukaran ini. Dalam perit begitu saya tetap bersyukur. Keluarga banyak membantu.. walaupun masa tu emosi saya sgt2 down, adanya org2 sekeliling jdkan sy lebih kuat.
saya ulang alik berubat lagi.. hari2 rendam kaki.


Selepas seminggu lebih saya dah boleh jalan sikit2.. Saya ada jugak pergi klinik buat check kot2 ada masalah lain. Doktor ckp maybe prob saraf.. dia mintak saya pergi refer doktor pakar.. saya cuba cara tradisional dlu.. ubat2 klinik ada jugak makan..

Pertengahan bulan tiga, saya dengan bertongkat payung pergi ke opis (AIA) untuk hantar surat resign. sedih memang sedih, tapi saya terpaksa buat juga lebih2 lagi rawatan makan masa yang panjang. banyak sebab knp terpaksa resign. mcm mana sy nk ulang alik sedangkan kaki tak berapa kuat. trasport sy cuma lrt dan bas.


sampai sekarang sy duk rumah jek. masih dalam proses pemulihan. InsyaAllah klu ada rezki mybe sy akan smbung belajar.

setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam keluarga saya mula2 yang dapat penyakit mcm ni Aki saya. Arwah dah meninggalkan kami pada raya ke6 2010 (15 sept 2010). next, Mak Ngah saya yang juga telah kembali kepada Pencipta kita pada 22 Julai 2011 baru-baru ini. Saya org ke3. Moga Allah panjangkan umur saya. Saya sentiasa berdoa agar tiada lagi yang menjadi mangsa lepas ni.

Saya masih tak faham kenapa "Orang itu" lakukan sebegini pada kami. Apalah yang dia dapat dengan buat mcm ni.. tak faham btl.. Moga Allah balas semua yang dia lakukan. Saya tak mampu buat apa-apa. ada jugak yang cadangkan supaya balas balik, pulang balik cara halus.. tapi malaslah.. biarlah Tuhan saja yang Tunjukkan.

Sekian




No comments:

Post a Comment