28 September, 2012

Serabut. Stress. GERAMNYEERRRR!!

Hadoi, bulan sept ni tak sempat nak update blog. Banyak sangat kerja kena buat. Kena buat kerja untuk orang2 yang pemalas. Penat. Letih. Stress. Nyampah semua ada...

 
 Ada dua jenis manusia yang dlm team  ni membuatkan kitorang jadi gila.

Sorang ni dengan pemalasnya, Kerja tak pernah nak siap, tahu datang lambat, lepak2 bekpes sampai pukul 11. Ciri2 ada dalam post sebelum ni (Click sini). Makin hari makin sakit hati nak tengok muka dia.. Yang lagi sorang ni xde bezanya, dua2 lebih kurang je. Bila tak siap kerja, takut meeting mulalah MC. mcm la orang tak tahu.. Tapi ni lah hakikatnya. Letih nk layan kerenah dua2 ekor ni....


"Kalau kerja main2, malas kerja baik berhenti je dari menyusahkan orang" - Peribahasa sendiri-
                                      

07 September, 2012

Masih Ingat.. Belajar dari kesederhanaan


Masih ingat...
Kami dibesarkan penuh kasih sayang oleh mak & abah..
Hidup tak senang, susah mungkin tapi masih ramai yang susah dari kami...
Dari kecil kami pindah2.. semasa saya (anak sulung) kami menyewa di mentakab, abah jadi cikgu.. Masa ni mak kata gaji abah cuma rm150 sebulan. tahun 1988. masih mampu hidup harmoni...
Kemudian kami di Terengganu, hingga adik ke 3. Abah berkursus di sana.. saya pernah cerita dlm entri sblm ni.. (klik sini).. Setahun di sana, byk pengalaman. Waktu itu hidup juga susah. Abah cerita. Kenderaan kami cuma basikal. abah ulang alik ke Maktab, kedia, masjid dengan menaiki basikal. Itulah kehidupan. Waktu itu sudah cukup seronok.. Kemudian kami duduk pula di Jengka 23. Disanalah kehidupan sederhana bermula. Kami ada kereta, cuma kereta katak kuning. Cukuplah. Di jengka hingga adik ke lima.Jarak kami adik beradik rapat. Boleh kata setahun seorang. Jalan kaki ke sekolah jadi biasa.. tak pernah merungut.. Gaji abah sedikit, tapi kami tidak pernah lapar... Alhamdulillah. Kemudian kami pulang ke kampung. bermastautin di kampung. Duduk rumah wan and aki. kami tiada rumah sendiri. abah pula sambung di maktab. kemudia adik bongsu lahir. abah pula dah habis kursus. mengajar di sekolah sanggang. Kereta kuning dah tak boleh digunakan. nak repair tak mampu. Abah menumpang orang ke sekolah. Saya darjah 2 dan adik ke 2 darjah 1 dihantar mak dengan motor arwah aki ke sekolah. kadang kala jalan kaki. kalau nak balik kampung pula, masih saya ingat. adik beradik 6 org. mak bawak 1 motor dengan 3 anak, abah dengan 1 motor lagi dengan 3 anak. Kami berkonvoi. kalau hujan kami berhenti,.. duduk bawah surau, bwh masjid berteduh sampai hujan reda. kami tak pernah rasa susah. mungkin kami masih budak2... Tapi kami sabar. 
Tahun berikutnya, Alhamdulillah.. berkat usaha abah kami ada rumah sendiri. walaupun belum sempurna, tapi sangat bersyukur ada tempat berteduh. Abah buat sendiri rumah. Bayangkan, abah tak pernah pon belajar buat rumah boleh bina mahligai yang kami boleh berteduh. Saya pernah bantu abah bancuh simen, cat atap. adik2 pon sama.... Kami seronok ada rumah sendiri... Untuk teruskan hidup, mak berniaga ais krim malaysia. Alhamdulillah... rezeki kami. Waktu ini kenderaan kami cuma sebuah moto kriss dan basikat tua peninggalan arwah atuk. Abah pergi mengajar naik motor. mak pulak hantar adik2.. Masa umo sy 11 tahun, mean darjah 5 abah beli kereta proton saga lama. cy 9006. kami sgt2 seronok. kereta ni la yg bwh kami 8 org kehulu hilir.. 
Masa sy darjah 6, abah dapat sambung buat degree di UKM. sekali lagi kami diuji. Gaji abah separuh.sy dan adik2 tengah membesar dan sekolah. perbelanjaan besar.. tapi Alhamdulillah.. ada rezeki utk kami. walaupun rasa susah sikit tapi boleh la teruskan hidup. Masa saya form 3 abah habis study.. lepas tu rezeki keluarga bertambah. Abah dapat mengajar sekolah menengah, gaji pon Alhamdulillah. Hingga sy masuk matrik di perlis, abah beli lagi sebuah kereta, Toyota Unser. Itulah yg jd kenderaan kami smpai ari ni..
Sekarang semua dah besar, dah kerja, sy pon dh beli keta guna duit sendiri.. Alhamdulillah...

Kesimpulan kat sini, saya percaya rezeki untuk semua orang tu ada.. Belajar hidup susah memang bagi pengalaman dan mematangkan kita.. Saya bersyukur dilahirkan dalam family yg berusaha untuk sesuatu bukannya yang mengharap sesuatu itu datang.






05 September, 2012

Cuti2 Malaysia 2012 ~ Terengganu~

Assalammualaikum...

Last weekend, kitorang 1 family pergi terengganu. Holiday ni sambil menyelam minum air jek.. Tujuan asal coz my teh (Adik no 4) nak register kat Unisza. Sudah nk ambik degree itu my little sis..

1/9/2012

Kitorang bertolak dari Temerloh jam 8:30 pagi. Abah menjadi driver. Kami ikut jalan lama, x ikut highway coz nak singgah Kuantan jemput Yud (Adik no 5) yang study kat Kolej Shahputra. Sampai kat Kuantan arround 10:30.

From Kuantan kami gerak ke Terengganu jam 11 pagi. Perjalanan Alhamdulillah Lancar. Abah sengaja bawak jalan tepi laut x ikut highway coz nk tgk2 pemandangan kampung. Perjalanan dari Kuantan ke Terengganu lalu jalan tu agak lama. Kami singgah sekejap kat Kelulut beli Keropok lekor. Abah suggest beli kat situ coz sedap. Yeah.. memang sedap pon. Banyak pemandangan2 cantik sepanjang perjalanan. Paling teruja kami tgk Loji Petronas Kerteh. Besar betul... Lepas dah Kematu bontot semua kami pon sampai Kuala Terengganu...

Sefood2 ini menyambut ketibaan kami... heheh

Replika Batu Bersurat... 


Then kami teruskan perjalanan ke Unisza. nak usha2 dlu tempat study Teh, kata abah. Then kami terus ke Batu Rakit menuju ke Homestay. Selesa betul Homestay kami tu. Murah pulak tu.. Berbaloi2.. Homestay tu namanya Homestay Batu Rakit.. Sape2 nak pergi Terengganu boleh visit blog ni http://baturakithomestay.blogspot.com/.. Kami punya Homestay 3. Selesa betul. Untuk 2 malam cuma RM300. Boleh masak, basuh baju bagai...

Petang after solat asar, Abah bawak kami ke satu tempat. Sepanjang perjalanan abah cerita. Tempat ni adalah rumah sewa kami dahulu. 20 tahun yang lalu masa abah kursus di Maktab Perguruan. Masa tu cuma ada saya, angah and adik no 3. Saya ingat sikit2 la masa kat situ.

Rumah Sewa kami 20 Tahun lepas.. Masih elok... Rupa pon masih sama...

Budak 2 orang ni x pernah jumpa perigi rendah... hahah

Fambar Kenangan dengan Mak Yah sekeluarga. Mak Yah (Tudung Merah) ni owner rumah sewa tu. Alhamdulillah rezeki kami nak jumpa dia. Mak Yah masih sihat. 


2/9/2012

Hari Kedua di Terengganu, pagi2 kami dah bermandi Manda kat Pantai Mengabang Telipot. Mandi pagi2 kul 8 pagi memang syok coz xdek orang lain. Rasa macam pantai tu kami yang punya.. hahaha

Org paling Sukerr dapat mandi manda....

Boleh tayang Pic bayang2 jek ok.. pic sebenar agak seksi... hhehehehe

Then, lepas puas mandi manda, kami balik homestay and bertukar pulak.. Lepas semua siap kami pegi Pasar Payang pulak... Shopping2 baju batik.. then kami pergi tgk Masjid Kristal, nak masuk Taman Tamadun Islam xckup time pulak coz hari dah petang... letih dah nak taip.. tgk jek la pic kat bawah ni,,, heheh


Jumpa Beca purple.. 

Kat tangga Pasar Payang... adeiii... kat sini pon nak bergambar

Sangat shanteekk beca ni.....

K.A.M.I di Masjid Kristal...

Sang gadis2 menggedikss seketika...

Gedikss lagi...

Adik pulak rampas takhta Adik Beradik Bunga dari Teh... 

Naik Tangga nak ke Bukit Puteri...

Meriam....

Tengok anak bulan.... hehhe

like dis pic... cute2 semua adik2 ku.. heheh


3/9/2012



Untuk date ni hanya pic ni boleh tunjuk.. ada drama sebabak time ni... Teh (Baju purple) muka dah nk nangis kena tinggal kat Unisza tu... Dia study Degree Accounting. Study elok2 teh... Nanti raya Haji kita jumpa lagi... sob...sob...sob...


-SEKIAN-



Since I'm always working, my best holiday memories are definitely when I can just go home and spend time with my family.
Chris Brown