07 September, 2012

Masih Ingat.. Belajar dari kesederhanaan


Masih ingat...
Kami dibesarkan penuh kasih sayang oleh mak & abah..
Hidup tak senang, susah mungkin tapi masih ramai yang susah dari kami...
Dari kecil kami pindah2.. semasa saya (anak sulung) kami menyewa di mentakab, abah jadi cikgu.. Masa ni mak kata gaji abah cuma rm150 sebulan. tahun 1988. masih mampu hidup harmoni...
Kemudian kami di Terengganu, hingga adik ke 3. Abah berkursus di sana.. saya pernah cerita dlm entri sblm ni.. (klik sini).. Setahun di sana, byk pengalaman. Waktu itu hidup juga susah. Abah cerita. Kenderaan kami cuma basikal. abah ulang alik ke Maktab, kedia, masjid dengan menaiki basikal. Itulah kehidupan. Waktu itu sudah cukup seronok.. Kemudian kami duduk pula di Jengka 23. Disanalah kehidupan sederhana bermula. Kami ada kereta, cuma kereta katak kuning. Cukuplah. Di jengka hingga adik ke lima.Jarak kami adik beradik rapat. Boleh kata setahun seorang. Jalan kaki ke sekolah jadi biasa.. tak pernah merungut.. Gaji abah sedikit, tapi kami tidak pernah lapar... Alhamdulillah. Kemudian kami pulang ke kampung. bermastautin di kampung. Duduk rumah wan and aki. kami tiada rumah sendiri. abah pula sambung di maktab. kemudia adik bongsu lahir. abah pula dah habis kursus. mengajar di sekolah sanggang. Kereta kuning dah tak boleh digunakan. nak repair tak mampu. Abah menumpang orang ke sekolah. Saya darjah 2 dan adik ke 2 darjah 1 dihantar mak dengan motor arwah aki ke sekolah. kadang kala jalan kaki. kalau nak balik kampung pula, masih saya ingat. adik beradik 6 org. mak bawak 1 motor dengan 3 anak, abah dengan 1 motor lagi dengan 3 anak. Kami berkonvoi. kalau hujan kami berhenti,.. duduk bawah surau, bwh masjid berteduh sampai hujan reda. kami tak pernah rasa susah. mungkin kami masih budak2... Tapi kami sabar. 
Tahun berikutnya, Alhamdulillah.. berkat usaha abah kami ada rumah sendiri. walaupun belum sempurna, tapi sangat bersyukur ada tempat berteduh. Abah buat sendiri rumah. Bayangkan, abah tak pernah pon belajar buat rumah boleh bina mahligai yang kami boleh berteduh. Saya pernah bantu abah bancuh simen, cat atap. adik2 pon sama.... Kami seronok ada rumah sendiri... Untuk teruskan hidup, mak berniaga ais krim malaysia. Alhamdulillah... rezeki kami. Waktu ini kenderaan kami cuma sebuah moto kriss dan basikat tua peninggalan arwah atuk. Abah pergi mengajar naik motor. mak pulak hantar adik2.. Masa umo sy 11 tahun, mean darjah 5 abah beli kereta proton saga lama. cy 9006. kami sgt2 seronok. kereta ni la yg bwh kami 8 org kehulu hilir.. 
Masa sy darjah 6, abah dapat sambung buat degree di UKM. sekali lagi kami diuji. Gaji abah separuh.sy dan adik2 tengah membesar dan sekolah. perbelanjaan besar.. tapi Alhamdulillah.. ada rezeki utk kami. walaupun rasa susah sikit tapi boleh la teruskan hidup. Masa saya form 3 abah habis study.. lepas tu rezeki keluarga bertambah. Abah dapat mengajar sekolah menengah, gaji pon Alhamdulillah. Hingga sy masuk matrik di perlis, abah beli lagi sebuah kereta, Toyota Unser. Itulah yg jd kenderaan kami smpai ari ni..
Sekarang semua dah besar, dah kerja, sy pon dh beli keta guna duit sendiri.. Alhamdulillah...

Kesimpulan kat sini, saya percaya rezeki untuk semua orang tu ada.. Belajar hidup susah memang bagi pengalaman dan mematangkan kita.. Saya bersyukur dilahirkan dalam family yg berusaha untuk sesuatu bukannya yang mengharap sesuatu itu datang.






No comments:

Post a Comment