30 January, 2010

Kau Tetap Sahabatku

Hanna mundar mandir di luar dewan kuliah. Kelibat sesorang dinantikan sejak sekian lama. Seseorang yang begitu rapat dengannya tapi sejak kebelakangan ini makin berjauhan. Hanna nekad, dia harus tahu kenapa semua itu berlaku.

"Fazzy..!!" Jerit Hanna. Temannya Fazira yang senang disapa Fazzy menoleh. Terkedu melihat sekujur tubuh milik teman rapatnya itu. Fazzy cuba mengalih pandangannya dari menatap sepasang mata bundar milik Hanna.

"Aku nak cakap dengan kau sikit.." Hanna bersuara.

"Ala... ada apa.. aku nak cepat ni..." Fazzy berdalih. Dia semakin hari semakin cuba menjauhkan diri dari Hanna.

"Sekejap je... aku nak tanya, aku ada buat salah kat kau ke?" Soal Hanna berterus terang.

"Mana aku tau.." Fazzy jawab endah tak endah.

"Aku nak tahu... kenapa kau makin jauh dari aku? Aku ni dah buat apa kat kau sampai kau layan aku macam ni? Aku sedih fazzy.. aku sayang kau, kau kawan aku.. dari tahun satu dekat sini kita sama-sama, kelas sama-sama.." Hanna tak mampu menahan sebak.

"Kau ni... orang pandang ni..." Fazzy menarik tangan Hanna ke sudut sebelak pintu dewan kuliah. Agak terlindung.

"Aku minta maaf kalau aku buat salah.. tapi aku tak nak kau layan aku macam ni... aku nak kita macam dulu..." Hanna bersuara lagi.

"Kau ni... kau tak buat salah pun.. cuma... aku tak mahu berada dalam bayangan kau jek.." Fazzy menjawab.

"Apa kau cakap ni?" Hanna tidak mengerti maksud temannya itu.

"Kau budak pandai, aku ni biasa-biasa jek.. Asyik-asyik kau yang buat semua, aku dah jadi macam tak guna jek.. Aku tak tahu nk buat apa.. Kadang-kadang aku rasa kau ni berlagak, sibuk-sibuk hal aku..." Luah Fazzy. Hanna tersentap. Sampai begitu tanggapan temannya itu.

"Kalau aku salah, betulkan aku..." Hanna ersuara perlahan.

"Hanna.. kau tak ahu apa aku rasa, kau buat macam aku tak atahu apa-apa.. macam aku ni budak kecil..." Fazzy sedikit berkeras.

"Aku cuma nak tolong kau, aku nak kita sama-sama berjaya fazzy.." Hanna memandang anak mata Fazzy.

"Tak payah!! aku boleh buat sendiri.. lagipun kau kan sekarang terhegeh-hegeh kawan dengan budak course kita yang lain tu.. Semua kan suka kau.. pergilah kat diorang.." Fazzy menambah. Hanna mengucap panjang.

"Bukan macam tu.. aku berkawan dengan semua orang, bukan aku yang cari, diorang yang datang pada aku.." Hanna menambah. Meman benar, sejak selalu mendapat pujian dalam kelas semster lalu, ada kalangan teman seperjuangan mula menghampirinya sampai ada yang mahu satu kumpula bagi melangsaikan tugasan yang diberi pensyarah.

"Apa-apalah Hanna.. mulai dari sekrang, kau buat hal kau, aku buat hal aku... Aku pun ada kawan lain, diorang lagi bagus dari kau..." Fazzy berkata dan terus berlalu. hanna terkedu. Dia akui Fazzy ada ramai teman lain. Mungkin dia lebih selesa dengan temannya yang lain itu. Hanna terus ketandas berhampiran. Hanna kenakan wajahnya dengan air. Dia renung cermin.

"Fazzy... maafkan aku.. Aku sayang kau.. Kau teman aku selamanya.." Hanna berkata sendirian. Hatinya tercalar dengan kata-kata Fazzy. Hanna buntu. Mungkin dia patut biarkan sahaja Fazzy dengan pilihannya.

Hanna kembali ke kelas. Sewaktu menunggu pensyarah, Hanna perhati sekeliling. Dia mencari kelibat Fazzy. Kebanyakan kelas mereka bersama dan ada beberapa yang menuntut mereka bekerja dalam kumpulan. Hann kuatkan semangatnya.

"Ya Allah.. berilah aku kekuatan.." Doa harian Hanna. Walau dibebani peristiwa yang sangan mencalarka hatinya, Hanna cuba memberikan sepenuh perhatian dalam kelas. Apa yang diajar pensyarahnya diambil berat. Dia mahu menjadi seorang yang berjaya. Hanya beberapa bulan sahaja lagi dia bakal bergelar graduan. Mungkin apa yang terjadi adalah ujian Tuhan buatnya. Hanna redha.


Hari-hari yang dilalui Hanna berjalan seperti biasa. Walau tanpa Fazzy yang dahulunya sering menjadi peneman, Hanna tetap mempunyai teman lain. Itulah kelebihannya, mudah didekati. Hanna tak menolak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kalau boleh dia mahu berkawan dengan semua orang. Dia tak memilih. Baginya, setiap insan sama sahaja. Selagi terdaya, dia cuba membantu teman-teman yang memerlukan bantuannya. itulah Hanna.

Hana lihat kalendarnya. 7/2.. dia tahu tarikh itu. Tarikh yang penting buat seseorang. Tarikh itu adalah ulangtahun kelahiran Fazzy. Hanna siapkan satu kad. Walaupun tak sberapa, dia hiaskan serba sedikit supaya nampak cantik.

"Esok aku mesti bagi kat dia.." Hanna senyum. Walaupun Fazzy menjauhi dirinya, bagi Hanna.. Fazzy tetap temannya. Hanna lena. dia menanti esok yang ceria.

Hanna langkah tenang menuruni tangga bas. Itulah pengangkutannya untu ke kelas. Jarak kolej kediamannya dengan dewan kuliah mengambil masa 30 minit kalau erjalan kaki. Maka, perkhidmatan bas yang disediakan digunakan sebaiknya. Hanna sampai agak awak ke kelas ekonomi Dr Shukor. Dia ambil tempatnya. Dia belek kad yang dibuatnya malam semalam. Hanna ambil dan letakkan di tempat yang selalu diduduki oleh Fazzy. Dia senyum dan kembali ketempatnya.

Kelas pagi itu bermula dengan lancar. Sesekali Hanna menoleh kebelakang melihat Fazzy di tempatnya. Dia senyum namun senyumannya tidak dibalas. Hanna pasrah. Usai kelas, Hanna terus menghampiri Fazzy.

"Happy Birthday" Ucap Hanna.

"Thanks.. Kau tak payah la tunjuk baik dengan aku.. kau nak apa lagi? Dah la.. aku ada kelas ni.." Fazzy membalas. Hanna terdiam. Namun dia kembali senyum apabila Fazzy menerima hadiah darinya. Hanna memohon sepenuh hati pada Ilahi agar Fazzy kembali menjadi temannya sama seperti suatu tika dahulu. Sambil elayan perasaan, Hanna lintas laluan pejalan kaki untuk ke seberang bagi menunggu bas. Tanpa dia sedari sebuah kereta meluncur laju kearahnya. Dum!!!

************************

Assalammualaikum.

Kau marah aku lagi ke? Aku mintak maaf atas apa yang aku lakukan. Aku hanya manusia biasa yang tak sedar silap dan salahku. Terima kasih atas teguran kau. Walau macam mana pun, kau tetap kawan aku selamnya.

Fazzy, aku tak pernah rasa macam apa yang kau tuduh aku tu. Aku tak marah, mungkin kau rasa macam tu, bukan salah kau. Tapi, percayalah.. tak ada apa-apa yang aku bawa dalam persahabatan kita ni melainkan keikhlasan. Aku ikhlas Fazzy.. Kita kenal bukan sehari dua. Dalam perjalanan menggenggam segulung ijazah ini, aku harap sangat ada teman macam kau. Suka duka, susah senang sama-sama. Mungki kau ada teman terbaik selain aku, tapi.. aku mohon jangan hukum aku sampai macam ni. Aku sayang kau, kau sahabat terbaik pernah aku miliki.

Fazzy, kalau Tuhan cabut nyawaku tika ini, aku mohon.. maafkan aku. Padamlah amarah kau padaku. Aku serba salah. Aku mahukan kau sebagai teman. Andai aku dah tak ada, aku pinta kau maafkan aku. Teruskan impian kita dalam mengejar ilmu ini. Aku sayang kau. Maafkan aku.

Ikhlas dari
Hanna.

Fazzy menghabiskan bait-bait terakhir warkah dari Hanna yang diberi sempena ulangtahun kelahirannya. Fazzy tatap hadiah bingkai gambar berserta gambar mereka berdua peberian Hanna. Fazzy peluk seeratnya. Dia kesal melakukan tindakan sebegitu hingga menyebabkan Hanna serba salah. Kini, Hanna sudah tiada untuk dia pohon kemaafan. Hanna sudah tiada untuk dia cipta kembali hubungan akrab itu. Hanna sudah pergi selamanya. Air mata Fazzy berguguran.

"Hanna.. aku sayang kau.. Maafkan aku" Desis hati kecil Fazzy. Kini, hanya doa mampu dikirimkan buat temannya itu yang kini telah pergi menghhadap Ilahi.



Nukilan: Ameera

Mencipta Avatar

Caricature

Tadaaaa... lihatlah hasilnya.. saya dah cipta avatar sendiri.. ikut kreativiti kita la.. Cute x? Korang sumer pun boleh cuba.. Seronok.. Macam2 ada.. bukan untuk gurl saja, lelaki pon boleh.. Masa ni lah nak tunjukkan kreativiti.. hehe.. kalau sesiapa berminat, klik link ni

http://www.osoq.com

selamat mencuba.. =D

28 January, 2010

Mohon Maaf

Assalammualaikum semua.. sihat kah kalian? dah lama tak update blog ni... maaf yer.. sorry la sekarang ni otak saya ni tak mampu nak keluarkan idea2 untuk novel atau cerpen baru.. InsyaAllah beberapa purnama(Ceh, mcm zaman dulu2 plak) lagi akan kembali dengan cerita baru k... JANJI!!!..



ok x pic yang dah diedit ni?? ala-ala ahli sihir la pulak kan.. hehe.. xde la.. saje jer sebenarnyer.. Dalam dua minggu lepas saya buat medical check out. Demam tak ok2.. Rupernyer terkena jangkita kuman dalam darah. Sabar jek.. Setiap minggu kena ambik antibiotik. Lepas ni dok layan ubat je lah weh.. Mungkin ini Ujian Tuhan, saya terima segalanya dengan tabah. Bak kata orang, kalau sakit boleh terhapus dosa kecil. Amin.. Moga hidup ini sentiasa bawah rahmatNya.

Mungkin kadang kala kita salahkan takdir, dan ada juga yang tak sanggup terima apa yang dah Tuhan tentukan buat kita. Namun, cuba kita renungkan, mungkin ada kesilapan dah kita lakukan masa lalu, dan Ujian yang diberiNya pasti ada hikmah sebaliknya. Cepat atau lambat sahaja kita pasti terima. Ujian kesakitan, kegagalan, kesusahan bukanlah bala sebenarnya, kalau kita berada di sudut positif, pasti kita senyum dengan ujian ini. Tuhan pasti aturkan sesuatuuntuk kita kerana Allah itu Maha Mengetahui setiap perkara makhluknya.

Ok lah... kita sambung lagi nnt k.. Assalammualaikum semua.. Bubye.. =D

08 January, 2010

Sangkar Kasih 44

“Happy birthday to tou, Happy birthday to you, Happy birthday to Najma and Najwa, happy birthday to you…” Tetamu yang hadir menyanyikan lagu buat Najma dan Najwa sempena hari ulang tahun kelahiran mereka yang ke 25. Najwa dan Najma potong kek bersama.

“Ini untuk mama…” Najma dan najwa suapkan kek buat ibu mereka. Salina buka mulut. Najwa dan Najma pula suap menyuap. Syed Hazim, bapa mereka tak dapat hadir kerana ada krisis dengan Laila, ibu tiri mereka. Namun Syed Hazim sempat menghadiahkan dua puterinya itu kalung emas.

“Ini buat abang…” Najma suap buat suaminya yang tercinta, Aidil. Aidil cium dahi isterinya. Ucapan tahniah dan hadiah diberikan. Aidil dan Najma kini dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Aiman Najmi yang berusia setahun dua bulan. Kehidupan Najma kini lengkap dengan kehadiran suami yang penyayang dan anak yang comel.

“ Love you B…” Ungkap Najwa buat suaminya Izhar. Najwa pula kini sarat mengandung 7 bulan. Berdasarkan imbasan yang dibuat, Najwa mengandung bayi kembar. Najwa ikut jejek langkah ibunya. Izhar adalah insan yang paling bahagia saat Najwa disahkan mengandung. Izhar menjaga Najwa dengan sepenuh perhatian.

Mereka sekeluarga meraikannya di rumah Salina. Meriah benar suasana di rumah Salina. Salina gembira dan bersyukur kerana kedua-dua puterinya telah dikurniakan kehidupan yang bahagia. Salina tumpang bahagia.

Najwa dan Najma duduk di sofa. Tamat majlis dan tetamu pulang, Aidil dan Izhar bantu mengemas apa yang perlu. Najwa dukung anak saudaranya, Aiman.

“Nanti dah besar tak mau nakal-nakal macam mama wawa tau…” Najma pesan pada anaknya.

“Eleh.. akak tu pun naughty apa…” Najwa balas. Kedua beradik itu ketawa.

“Ni .. baby kembar dalam perut ni nanti.. Mesti ada yang ikut wawa… Naughty..” Najma usap perut adiknya itu.

“Ala akak ni… adik naughty sikit-sikit je…” balas Najwa.

“Amboi si kembar ni… Borak apa… Aiman.. mari kat papa..” Aidil sapa. Dia dukung anaknya. Izhar duduk sebelah isterinya, Najwa.

“Dah siap kemas ke B?” Soal najwa.

“Dah….” Jawab Izhar ringkas.

“ooo.. tak sempat nak tolong..” Tambah Najma.

“Eleh… tak payahla.. Tolong bagi kami baby comel cukuplah…” Aidil cubit mesra pipi isterinya itu.

“Kak.. jom kat mama, termenung apa entah kat tingkap tu..” najwa ajak kakaknya. Najma angguk. Izhar bantu Najwa bangun. Najwa dan Najma menuju kearah ibu mereka. Salina yang tak sedar kehadiran anaknya itu masih leka melayan perasaan.

“Mama nangis? Kenapa ni?” Najwa hadap wajah ibunya. Salina pantas seka air matanya.

“Kenapa ni ma?” Najma hairan.

“Mama nangis gembira sayang.. Dua-dua anak mama dah dapat family yang happy… Mama bersyukur pada tuhan..” Salina berkata.

“Mama ni… ingat apa tadi.. Tak mau lah macam ni…” Najwa usap wajah ibunya. Ketiga beranak itu berpelukan.

“Alamak, sangkut… ada dua lagi babby ni nak peluk nenek dia..” Najwa berkata. Najma ketawa. Salina juga.

“Ma… suasah tak jaga anak kembar?” Izhar soal.

“Boleh la tahan, sorang nangis dua-dua nangis.. Izhar dengan Najwa nanti rasalah apa yang mama dengan papa pernah rasa… Tapi, enjoy sayang… Mama seronok dapat puteri mama ni…” Salina berkata.

“Dengar tu B… nanti B lah kena jaga dua-dua ni..” Najwa kata pada Izhar.

“No hal… B okay je.. Tapi kalau tak bagi perhatian kat ibu dia, jangan marah ye sayang…” Izhar balas. Mereka ketawa.

“Abang rasa, wawa ni nanti dapat baby mesti kecoh, besok.. macam-macam lagi lah…” Aidil menyampuk. Najma senyum.

“Amboi abang… tengoklah nanti. Wawa lagi expert dari mama nanti terkejut pulak..” Najwa balas. Salina pandang anak, menantu serta cucunya itu. Dia tiba-tiba teringat akan bekas suaminya, Syed Hazim.

“Abang…. Mereka dah dapat kehidupan sempurna…” Desis hati Salina. Dia kembali berbual dengan Najwa, Najma, Aidil dan Izhar. Salina gembira. Salina bahagia. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui, dia bersyukur dapat lihat keluarganya berkumpul dengan penuh senyuman dan gelak tawa itu. Sesungguhnya pengalaman mematangkan kita, setiap ujian yang terjadi pasti ada hikmahnya.

TAMAT..

Sangkar Kasih 43

Najwa mulakan tugas seperti biasa. Kini dia lebih kuat dan tabah. Dia masuk ke kelasnya dengan tenang. Untuk tugasan hari ini, Najwa pinta pelajarnya menyampaikan lagu serta muzik dalam kumpulan.

“Masih jelas… setiap garisan halus, bila senyuman kau ukir kan untukku… Masih jelas, setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu.. waktu kau renung aku. Sudah suratan, takdir begini. Segalanya sementara…. Selagi hayatku masih ada.. kau bertakhta dihatiku….” Kumpulan pertama menyampaikan persembahan mereka. Najwa hayati bait-bait lirik lagu Masih Jelas dari Hafiz Af4. Masih jelas bayangan senyuman Izhar tika dia pandang wajah Najwa. Masih jelas tergambar renungan cinta Izhar buatnya. Kucupan mesra. Najwa terima segala ketentuan Ilahi itu. Sudah suaratan takdirnya begitu. Dia masih ingat janjinya pada Izhar, selagi hayatnya ada, tiada lelaki lain yang akan bertakhta dihatinya selain suaminya itu. Najwa amat menyayangi Izhar. Walaupun Izhar kini sudah pergi meninggalkannya. Dia tetap bersyukur kerana sempat bergelar isteri buat lelaki yang dicintainya itu.

“Okay… next…” Arah Najwa. Kumpulan seterusnya mebuat persembahan mereka. Semua anak didiknya yang meminati bidang itu melakukan dengan baik sekali. Najwa berpuas hati. Selagi dia mampu, dia akan berkhidmat dalam bidang yang diminatinya itu.

“Puan Najwa… ada orang kirim surat ni....” Seorang pelajar menyerahkan sekeping surat pada Najwa. Najwa ambil dan baca.

“Jumpa di Old Town White CafĂ©, Bukit Bintang jam 4 petang..” Najwa membacanya. Najwa hairan. Tiada pula tertulis nama di surat itu. Siap saja yang tahu tempat iti selain Izhar. Tapi, tak mungkin Izhar. Najwa ligat memikirkannya. Najwa gelisah. Hatinya
berdoa semoga tenang.

Najwa habiskan kelasnya lebih awal.

“Okay class.. esok kita sambung. Praktis jangan lupa.. Assalamualaikum..” Najwa melangkah keluar. Sebagai guru Muzik moden di Kolej Sunway, Najwa perlu berhadapan dengan berbagai kerenah pelajarnya. Mudah sahaja baginya untuk mengawal mereka kerana dia sendiri pernah lalui saat itu. Pengalaman lalu menjadikan dia rapat dengan pelajarnya.

Najwa berjalan menuju keretanya. Dia memandu ke tempat seperti yang diminta dalam surat itu. Najwa masih ingat tempat itu. Tempat dia bertemu Izhar. Sejak pemergian Izhar, Najwa tak jejak lagi kaki ke sana. Dia begitu sedih kerana terlalu banyak kenangan bersama Izhar di situ. Najwa tiba. Seperti kebiasannya yang dilakukan suatu masa dahulu, Najwa pesan minuman dan duduk di suatu meja. Najwa nantikan kehadiran orang ang mengirim surat padanya. Sambil itu, Najwa gamit memori lalu. Dia teringat saat mula bertemu Izhar.

“Hai.. boleh minum sekali..” Suara yang menegurnya membuatkan Najwa terpaku. Dia kenali suara itu. Pantas Najwa berpaling. Air matanya menitis. Insan yang berdiri hadapannya adalah insan yang amat dinantikan selama ini. Najwa bingkas bangun.

“Iz….” Najwa gagap. Antara percaya dengan tidak. Najwa mengalirkan air mata.

“Sayang… Najwa…” Iz panggil. Najwa pantas memeluk Izhar. Dia peluk sekuatnya. Dibiarkan orang sekeliling memandang. Dia tak peduli. Najwa cium tangan Izhar. Dia tatap wajah Izhar. Benar.Itu Izhar, Suaminya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia lebih enam bulan yang lalu.

“Iz… macam mana?” Najwa kelu. Izhar duduk. Air mata Najwa disekanya. Izhar ceritakan segalanya. Semasa kemalangan itu, sebelum kereta meletup dia sempat keluar namun segala pengenalan dirinya terjatuh. Dia sempat berjalan beberapa kilometer dalam hutan da akhirnya rebah. Setelah dibuka mata, rupanya dia diselamatkan oleh satu keluarga yang menetap di kawasan setinggan berhampiran. Izhar dirawat dan dijaga rapi. Dia lihat dalam surat khabar berita kematiannya. Jadi dia minta keluarga yang menyelamatkannya itu tidak menghantarnya ke hospital sebaliknya merawat secara tradisional. Setelah sembuh sepenuhnya, Izhar bercadang untuk kembali bertemu Najwa dan keluarganya. Namun dia harus balas jasa keluarga setinggan yang telah menyelamatkannya. Dia bekerja untuk keluarga tersebut dan cuba dapatkan apa yang terbaik buat keluarga itu.

“Alhamdulillah, mereka dah ada kehidupan yang lebih baik sekarang..” Kata Izhar. Dia genggam tangan Najwa. Air mata Najwa masih belum kering. Izhar sambung ceritanya.

Selepas dari itu, dia berusaha dapatkan semula identitinya. Namun tak berhasil. Dia tiada bukti dan saksi. Maka dia ambil keputusan untuk mengekori Najwa. Dia rindu Najwa. Hingga akhirnya mereka bertemu di situ.

“So, selama ni Iz lah yang Wawa selalu nampak tu.. Kenapa Iz lari?” Najwa soal.

“Memang Iz.. bukan lari, Iz tak nak kita jumpa semula cara macam tu..” Balas Izhar.

“Iz tahu tak betapa Wawa menderita tanpa Iz disisi..” Najwa alirkan air mata.

“Maafkan Iz sayang… Mungkin ini ujian untuk kita..” Balas Izhar.

“Iz… miss you so much..” Kata Najwa. Tangan Izhar digenggamnya. Izhar juga begitu.

“Jom kita balik, Jumpa mummy and daddy… Mesti semua happy..” Ajak Najwa. Izhar angguk. Dia renung sepuasnya wajah Najwa. Isteri yang amat disayangi itu.
Ternyata, kepulangan Izhar menggembirakan semua. Najwa adalah insan yang paling bahagia. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna adakan majlis kesyukuran. Najwa tak lekang dari Izhar. Dia tak mahu kehilangan Izhar lagi. Izhar adalah nyawa dan kehidupannya. Dia amat menyayangi Izhar.

“Janji dengan Wawa.. Iz jangan tinggalkan wawa lagi tau..” Najwa lentokkan kepalanya di bahu Izhar.

“Iz janji sayang…” Izhar kucup mesra dahi Najwa. Dia peluk erat isterinya itu.

“ Wawa tak boleh hidup tanpa Iz.. Wawa tak kuat Iz..” Tambah najwa.

‘Jangan risau sayang.. Iz sentiasa ada dengan sayang… Iz sentiasa milik Wawa macam mana Wawa jadi milik Iz..” Kata Izhar lagi. Najwa angguk. Dia bahagia.

“ Kenapa nangis ni?” Soal Izhar. Air mata Najwa disekanya.

“Iz tahu, mummy and daddy dah minta Wawa kahwin lain.. Ye la, mereka kesian tengok Wawa sorang-sorang…” Beritahu Najwa.

“So?” Soal Izhar.

“Wawa tak nak. Wawa rela sorang-sorang sebab Wawa rasa walau di mana pun Iz, Iz tetap dekat di hati wawa.. Takkan ada orang lain yang boleh ganti tempat Iz..” Najwa
renung wajah suaminya itu.

“Iz pun sayang… Janganlah nangis lagi… Iz tak boleh la tengok Wawa nangis macam ni…” Izhar seka air mata Najwa.

“Entah… keluar sendiri..” Najwa balas manja.

“Ala…. Tak mau la.. Iz tak nak tengok sayang nangis. Senyum sikit…” Izhar usap wajah Najwa. Najwa senyum. Izhar angkat Najwa dan letakkan isterinya itu di katil. Najwa bahagia dalam pelukan suaminya. Suami yang pernah menghilang sejurus beberapa jam bergelar isteri. Malam itu ibarat malam pertama buat Najwa dan Izhar yang terpisah lebih enam bulan. Najwa bersyukur kerana Tuhan memberinya peluang sekali lagi untuk bersama lelaki yang dicintainya itu. Izhar juga begitu.

Sangkar Kasih 42

Najwa dirawat oleh teman Aidil, Dr Kamarul. Menurut Dr Kamarul, Najwa mungkin hadapi tekanan dengan bayangan Izhar yang sering dibayangnginya. Dia masih dalam keadaan tidak dapat terima kenyataan insan yang dia sayangi pergi meninggalkannya dalam jangka masa yang begitu singkat.

“Tapi Rul, dulu dia dah boleh terima, tapi sekarang dia bagitahu kami dia nampak Izhar, itu yang buat dia macam tu..” Aidil berkata.

“Masalah Najwa ni tak berat, dia alami kemurungan dan sebab kemurungan itu dia selalu terbayang suaminya. Masa awal dulu dia terima sebab dia cuba latih diri dia, namun bila bayangan tu selalu bermain di minda dia dan kadang kala dia rasa macam ternampak, itu yang buat dia kembali yakin Izhar masih ada padahal apa yang dia nampak itu hanyalah khayalan dan bayangan dia..” Jelas Dr Kamarul. Salina dan Najma angguk.

“Tapi, kalau apa yang dia nampak itu betul macam mana?” Naja soal. Aidil pandang isterinya itu.

“Macam mana orang yang dah mati boleh kembali hidup?” Dr Kamarul soal.

“Dalam kemalangan tu, letupan yang kuat buat semua mangsa hancur. Jadi pihak polis sendiri tak dapat kenalpasti, Namun semua identiti mangsa dah diketahui termasuk Izhar. Kerana dia punya pengenalan diri ada dijumpai tak jauh dari kawasan letupan. Pihak polis andaikan Izhar adalah salah satu mangsa..” Jelas Aidil lagi.

“Tapi, betul kata Puan Najma. Ada kemungkinan itu. Tapi, kalau dia ada, kenapa dia tak pulang sampai sekarang… Mungkin apa yang najwa nampak hanyalah bayangan dan khayalannya.” Tambah Dr Kamarul.

“Thanks Dr… Kami harap sangat Najwa kembali macam dulu. Dia terlalu sayangkan Izhar.” Salina menambah. Dia gusar dengan keadaan Najwa yang sebegitu rupa.

“Mestilah puan.. Izhar itu suaminya. Munkin dia perlukan masa yang lama untuk terima kenyataan itu. Harap kamu sekeluarga beri dia semangat… Itu sahaja jalan yang terbaik..” Dr Kamarul memesan.

“Baik Doktor…” Balas Najwa.

“Lagi satu, jangan biarkan dia bersendirian buat tempoh masa yang lama. Dia perlukan teman, perlukan perhatian. Kalau dia sendirian, bayangan tu akan muncul lagi. Susah bagi dia untuk sembuh sepenuhnya..” Tambah Dr Kamarul.

“InsyaAllah…” jawab Salina perlahan

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu… Dua minggu lagi saya kembali untuk beri dia rawatan lanjut.. Jangan lupa bagi dia ubat. Aidil, kalau ada apa-apa just call me..” Dr Kamrul mohon untuk pulang. Aidil hantar temannya itu hingga muka pintu. Salina dan Najma masuk ke kamar Najwa. Najwa sedang termenung di birai katil.

“Adik…” Panggil Najma. Najwa tak menyahut. Najma dan Salina hampiri Najwa. Najwa berlinangan air mata.

“Ma… Wawa tak sakit… Tak payah panggil Doktor..” Kata Najwa.

“Ye… mama tahu..” Balas Salina. Dia seka air mata anaknya itu.

“Ma… Iz hidup dalam hati wawa… wawa takkan lupakan dia… Sesiapa pun tak boleh buat wawa lupakan dia..” Najwa bersuara lagi.

“Ye adik. Tak ada sesiapa pun yang nak padamkan Iz dari hati adik. Kami Cuma nak adik jalani hidup macam biasa… Adik kena redha sayang.. Ini ujian tuhan. Kakak dengan mama tak nak tengok keadaan adik macam ni… kami sayangkan adik…” Kata Najma. Najwa tunduk.

“Ye sayang… Mama nak Wawa yang ceria, yang becok macam dulu…. Mama rindu sayang… Mama susah hati tengok Wawa macam ni..” Salina menambah. Najwa pandang ibu dan kakaknya.

“Mama… kakak… maafkan Wawa buat Mama and kakak susah hati..” Najwa bersuara.

“Mungkin betul kata Dr. Itu khayalan wawa… tapi ma.. kalau lah Iz masih ada, mesti Wawa dah bahagia sekarang kan..” Najwa bersuara lemah.

“Adik… memang susah nak lupakan. Tapi adik kena terima dengan tabah, Ini ketentuan. Tak baik melawan takdir..” Pesan Najma.

“Ye sayang… Kami semua ada untuk Wawa…” Salina menambah.

“Ma… kadang-kadang adik cemburu dengan kakak. Kakak ada abang Aidil sebagai suami yang ada di sisi. Tapi Wawa hanya sempat bergelar isteri beberapa jam je ma… Tanpa pernah disentuh, Izhar pergi ma… Takkan ada pengganti dia ma..” Najwa alirkan air mata. Najma peluk adiknya. Salina tenangkan Najwa.

“Sabar sayang… mungkin ada hikmah yang kita tak tahu atas semua kejadian ni…” Tambah Salina. Najwa angguk.

Sangkar Kasih 41

Najma dan Aidil bersiap untuk pergi ke klinik. Hari ini Najma ada janji temu dengan doktor berkaitan kesihatan kandungannya.

“Abang… tolong ambil beg Naja bawa masuk kereta..” Arah Najma sambil membetulkan ikatan rambutnya. Aidil ambil dan pergi ke kereta.

“Sayang.. cepat sikit…” Kata Aidil. Najma turun. Dia hampiri Aidil.

“Jom… kenapa nak cepat sangat, appoiment pukul 11 pagi, sekarang baru pukul 10..” Najma bebel. Sejak berbadan dua ini, dia kerap membebel. Pelbagai perkara pelik berlaku pada dirinya. Aidil pening namun dia cuba memahami. Tapi, kadang kala tak tahan juga dia.

“Jalan tu sesak karang.. Ingat sempat ke..” Aidil sedikit berkeras. Najma tersentuh. Dia tarik muncung. Dia masuk kereta dan hempas pintu kuat.

“Tu lah.. cakap sikit merajuk…. Dah la.. Abang minta maaf..” Aidil berkata. Enjin kereta dihidupkan. Najma masih dengan muka mencuka.

“Cakap lah elok-elok.. Tak payah nak marah-marah…” Rungut Najma.

“”Abang tak marah pun.. tegur sikit tak boleh ke? Amboi… orang lain mengandung juga, elok je…” Aidil geram. Najma diam. Dia juga geram. Aidil pandu keretanya keluar dari parkir rumahnya.

“Ni kenapa nak merajuk-rajuk ni… abang penatlah nak pujuk…” Aidil menambah. Najma masih diam.

“Sayang…. Dah la… sorry ok… Tak mau lah macam ni.. Nanti turun perangai buruk tu kat Babby…” Aidil pujuk.

“Tau takut… Naja pun sorry.. Emo sikit..” Najma bersuara.

“Dah la… senyum sikit…” Pinta Aidil. Najma senyum. Aidil teruskan pemanduan. Najma hayati lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan Aliyah yang bermain di corong radio. Aidil ikut nyanyi lagu itu. Najma tinjau kiri kanan. Hayati pemandangan sekitar.

“Eh abang.. itu kereta Najwa.. kenapa kat situ…?” Najma terkejut melihat kereta adiknya yang diletakkan di bahu jalan. Aidil juga. Dia hentikan kereta. Aidil keluar. Najma membontoti suaminya.

“Mana adik? Kereta kat sini…” Najma hairan kerana tiada kelibat Najwa dalam kereta yang tak berkunci itu. Hatinya gusar.

“Ye lah… kereta tak kunci… dia pergi mana.. Takkan masuk hutan tu pulak..” Balas Aidil. Kawasan bahu jalan hanyalah hutan kecil. Aidil dan Najma pusing beberapa kali dan tinjau kawasan sekitar. Tiada kelibat Najwa.

“Akak.. abang… buat apa?” Najwa muncul dari hutan. Aidil dan Najma gamam. Najma meluru arah adiknya dan peluk Najwa.

“Adik pergi mana? Kenapa ni?” Najma gusar lihat keadaan Najwa yang berpeluh dan nafas yang mengah. Najwa pandang kakaknya. Air matanya menitis. Aidil hairan.

“Kak… adik nampak Iz… dia lari dalam hutan ni.. Adik kejar Tapi tak dapat…” Suara Najwa. Najma mengucap panjang. Aidil juga. Najma peluk adiknya itu.

“Adik… kenapa ni? Ya Allah… jom kita balik…” Najma ajak. Dia tenangkan adiknya. Aidil kembali kekeretanya dan ambil sebotol air. Najwa minum. Dia masuk dalam kereta.

“Adik nak tunggu sini… Iz ada dalam tu… Adik nak tunggu… Kak, Iz masih hidup kak…” Najwa cuba yakinkan kakaknya. Najma pandang Aidil.

“Sayang bawa Wawa balik, drive kereta dia. Abang drive kereta kita ikut belakang. Nanti abang call doktor bagitahu kita lewat sikit…” Arah Aidil. Najma angguk. Dia pinta adiknya duduk di bahagian penumpang.

“Akak!! Adik nak tunggu sini. Iz akan datang nanti… akak kalau nak balik balik lah…” Suara Najwa sedikit kasar. Najma terkedu. Aidil terdiam.

“Wawa… kita balik dulu, petang nanti kita datang lagi kalau Iz ada..” Aidil cuba memujuk. Najwa diam. Dia akur. Najma hidupkan enjin dan bawa Najwa pulang. Aidil
ikut dari belakang.

“Kak… Iz hidup lagi kak…” Najwa berulang kali menuturkan kata-kata itu. Najma tak tahu mahu cakap apa. Najma gusar dengan keadaan adiknya itu. Najma hanya menitiskan air mata. Najwa menangis. Najma tahu hati adiknya. Mungkin Najwa masih tak kuat terima takdir Izhar sudah meninggalkannya. Najma cuba tenangkan adiknya hingga sampai ke rumah.

“Ya Allah… kenapa ni? Najwa? Najma?” Salina terkedu. Najwa yang kelihatan kusut dengan muka yang merah, menangis dan berpeluh. Najma juga menangis. Salina hairan. Najma ceritakan pada ibunya. Salina terkedu. Dia peluk Najwa.

“Ma… Wawa nampak Iz ma… Dia masih hidup…” Najwa kata pada ibunya.

“Wawa.. Izhar dah tak ada…. Dia dah pergi…” Salina usap anaknya itu.

“Tak… Iz masih ada, dia selamat dalam kemalangan tu… kalau dia dah mati, mana kubur dia ma… “ Najwa menambah.

“Kan semua mangsa hancur. Tak dapat kebumi secara biasa… Sayang… wawa kena redha, kena terima dengan Ikhlas… Iz dah tak ada sayang…” Salina peluk Najwa. Dia usap anaknya itu.

“Habis.. siapa yang wawa nampak? Hantu? “ Najwa soal. Memang benar dia kerap kali nampak kelibat Izhar. Tapi tiada siapa mahu percayainya. Najwa rungsing. Dia nak semua tahu bahawa dia nampak kelibat Izhar. Namun setiap kali dia cuba cari, kelibat itu hilang. Najwa menangis. Dia tenung wajah ibunya.

“Ma… Iz masih hidup.. percayalah… Kita kena cari dia…” Najwa cuba yakinkan ibunya. Dia pandang Najma. Matanya meraih simpati agar kakaknya itu percaya kata-katanya.

“Ma… Naja rasa adik sakit.. Kita bawa dia berubat ma..” Najma suarakan pada ibunya. Aidil angguk setuju.

“Aku tak sakit!!! Kenapa tak nak percaya?.. Ma, betul Wawa nampak Iz… Iz masih hidup..” Najwa geram. Dia berang. Salina cuba kawal anaknya itu. Namun tak berjaya. Najwa terus berlari kebiliknya dan mengurung diri dalam bilik. Dia rebahkan diri di katil. Gambar perkahwinan ditatapnya.

“Iz… Iz masih hidup kan… Iz tak tinggalkan Wawa kan… Wawa akan cari Iz… Wawa yakin Iz masih ada…” Najwa berkata sendirian. Dia baring. Kerinduan terhadap Izhar meluap-luap. Kelibat yang sering dia nampak itu dia yakin adalah suaminya.

Sementara itu, di ruang tamu, Aidil cuba hubungi temannya iaitu seorang doktor yang merawat masalah Psikologi.

“Ma… dia boleh bantu kita…” Aidil kata pada Salina. Najma dan ibunya berpelukan. Mereka gusar dengan keadaan Najwa. Najwa yang disangka sudah dapat terima hakikat itu nyata sebaliknya. Dia kini semakin parah dari dulu. Salina pun tak pasti apa yang menyebabkan Najwa jadi begitu. Dia tahu hati anaknya itu hanya pada Izhar. Tapi, dia berdoa agar Najwa dapat terima kenyataan itu walaupun memang pahit.