08 January, 2010

Sangkar Kasih 41

Najma dan Aidil bersiap untuk pergi ke klinik. Hari ini Najma ada janji temu dengan doktor berkaitan kesihatan kandungannya.

“Abang… tolong ambil beg Naja bawa masuk kereta..” Arah Najma sambil membetulkan ikatan rambutnya. Aidil ambil dan pergi ke kereta.

“Sayang.. cepat sikit…” Kata Aidil. Najma turun. Dia hampiri Aidil.

“Jom… kenapa nak cepat sangat, appoiment pukul 11 pagi, sekarang baru pukul 10..” Najma bebel. Sejak berbadan dua ini, dia kerap membebel. Pelbagai perkara pelik berlaku pada dirinya. Aidil pening namun dia cuba memahami. Tapi, kadang kala tak tahan juga dia.

“Jalan tu sesak karang.. Ingat sempat ke..” Aidil sedikit berkeras. Najma tersentuh. Dia tarik muncung. Dia masuk kereta dan hempas pintu kuat.

“Tu lah.. cakap sikit merajuk…. Dah la.. Abang minta maaf..” Aidil berkata. Enjin kereta dihidupkan. Najma masih dengan muka mencuka.

“Cakap lah elok-elok.. Tak payah nak marah-marah…” Rungut Najma.

“”Abang tak marah pun.. tegur sikit tak boleh ke? Amboi… orang lain mengandung juga, elok je…” Aidil geram. Najma diam. Dia juga geram. Aidil pandu keretanya keluar dari parkir rumahnya.

“Ni kenapa nak merajuk-rajuk ni… abang penatlah nak pujuk…” Aidil menambah. Najma masih diam.

“Sayang…. Dah la… sorry ok… Tak mau lah macam ni.. Nanti turun perangai buruk tu kat Babby…” Aidil pujuk.

“Tau takut… Naja pun sorry.. Emo sikit..” Najma bersuara.

“Dah la… senyum sikit…” Pinta Aidil. Najma senyum. Aidil teruskan pemanduan. Najma hayati lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan Aliyah yang bermain di corong radio. Aidil ikut nyanyi lagu itu. Najma tinjau kiri kanan. Hayati pemandangan sekitar.

“Eh abang.. itu kereta Najwa.. kenapa kat situ…?” Najma terkejut melihat kereta adiknya yang diletakkan di bahu jalan. Aidil juga. Dia hentikan kereta. Aidil keluar. Najma membontoti suaminya.

“Mana adik? Kereta kat sini…” Najma hairan kerana tiada kelibat Najwa dalam kereta yang tak berkunci itu. Hatinya gusar.

“Ye lah… kereta tak kunci… dia pergi mana.. Takkan masuk hutan tu pulak..” Balas Aidil. Kawasan bahu jalan hanyalah hutan kecil. Aidil dan Najma pusing beberapa kali dan tinjau kawasan sekitar. Tiada kelibat Najwa.

“Akak.. abang… buat apa?” Najwa muncul dari hutan. Aidil dan Najma gamam. Najma meluru arah adiknya dan peluk Najwa.

“Adik pergi mana? Kenapa ni?” Najma gusar lihat keadaan Najwa yang berpeluh dan nafas yang mengah. Najwa pandang kakaknya. Air matanya menitis. Aidil hairan.

“Kak… adik nampak Iz… dia lari dalam hutan ni.. Adik kejar Tapi tak dapat…” Suara Najwa. Najma mengucap panjang. Aidil juga. Najma peluk adiknya itu.

“Adik… kenapa ni? Ya Allah… jom kita balik…” Najma ajak. Dia tenangkan adiknya. Aidil kembali kekeretanya dan ambil sebotol air. Najwa minum. Dia masuk dalam kereta.

“Adik nak tunggu sini… Iz ada dalam tu… Adik nak tunggu… Kak, Iz masih hidup kak…” Najwa cuba yakinkan kakaknya. Najma pandang Aidil.

“Sayang bawa Wawa balik, drive kereta dia. Abang drive kereta kita ikut belakang. Nanti abang call doktor bagitahu kita lewat sikit…” Arah Aidil. Najma angguk. Dia pinta adiknya duduk di bahagian penumpang.

“Akak!! Adik nak tunggu sini. Iz akan datang nanti… akak kalau nak balik balik lah…” Suara Najwa sedikit kasar. Najma terkedu. Aidil terdiam.

“Wawa… kita balik dulu, petang nanti kita datang lagi kalau Iz ada..” Aidil cuba memujuk. Najwa diam. Dia akur. Najma hidupkan enjin dan bawa Najwa pulang. Aidil
ikut dari belakang.

“Kak… Iz hidup lagi kak…” Najwa berulang kali menuturkan kata-kata itu. Najma tak tahu mahu cakap apa. Najma gusar dengan keadaan adiknya itu. Najma hanya menitiskan air mata. Najwa menangis. Najma tahu hati adiknya. Mungkin Najwa masih tak kuat terima takdir Izhar sudah meninggalkannya. Najma cuba tenangkan adiknya hingga sampai ke rumah.

“Ya Allah… kenapa ni? Najwa? Najma?” Salina terkedu. Najwa yang kelihatan kusut dengan muka yang merah, menangis dan berpeluh. Najma juga menangis. Salina hairan. Najma ceritakan pada ibunya. Salina terkedu. Dia peluk Najwa.

“Ma… Wawa nampak Iz ma… Dia masih hidup…” Najwa kata pada ibunya.

“Wawa.. Izhar dah tak ada…. Dia dah pergi…” Salina usap anaknya itu.

“Tak… Iz masih ada, dia selamat dalam kemalangan tu… kalau dia dah mati, mana kubur dia ma… “ Najwa menambah.

“Kan semua mangsa hancur. Tak dapat kebumi secara biasa… Sayang… wawa kena redha, kena terima dengan Ikhlas… Iz dah tak ada sayang…” Salina peluk Najwa. Dia usap anaknya itu.

“Habis.. siapa yang wawa nampak? Hantu? “ Najwa soal. Memang benar dia kerap kali nampak kelibat Izhar. Tapi tiada siapa mahu percayainya. Najwa rungsing. Dia nak semua tahu bahawa dia nampak kelibat Izhar. Namun setiap kali dia cuba cari, kelibat itu hilang. Najwa menangis. Dia tenung wajah ibunya.

“Ma… Iz masih hidup.. percayalah… Kita kena cari dia…” Najwa cuba yakinkan ibunya. Dia pandang Najma. Matanya meraih simpati agar kakaknya itu percaya kata-katanya.

“Ma… Naja rasa adik sakit.. Kita bawa dia berubat ma..” Najma suarakan pada ibunya. Aidil angguk setuju.

“Aku tak sakit!!! Kenapa tak nak percaya?.. Ma, betul Wawa nampak Iz… Iz masih hidup..” Najwa geram. Dia berang. Salina cuba kawal anaknya itu. Namun tak berjaya. Najwa terus berlari kebiliknya dan mengurung diri dalam bilik. Dia rebahkan diri di katil. Gambar perkahwinan ditatapnya.

“Iz… Iz masih hidup kan… Iz tak tinggalkan Wawa kan… Wawa akan cari Iz… Wawa yakin Iz masih ada…” Najwa berkata sendirian. Dia baring. Kerinduan terhadap Izhar meluap-luap. Kelibat yang sering dia nampak itu dia yakin adalah suaminya.

Sementara itu, di ruang tamu, Aidil cuba hubungi temannya iaitu seorang doktor yang merawat masalah Psikologi.

“Ma… dia boleh bantu kita…” Aidil kata pada Salina. Najma dan ibunya berpelukan. Mereka gusar dengan keadaan Najwa. Najwa yang disangka sudah dapat terima hakikat itu nyata sebaliknya. Dia kini semakin parah dari dulu. Salina pun tak pasti apa yang menyebabkan Najwa jadi begitu. Dia tahu hati anaknya itu hanya pada Izhar. Tapi, dia berdoa agar Najwa dapat terima kenyataan itu walaupun memang pahit.

No comments:

Post a Comment