08 January, 2010

Sangkar Kasih 42

Najwa dirawat oleh teman Aidil, Dr Kamarul. Menurut Dr Kamarul, Najwa mungkin hadapi tekanan dengan bayangan Izhar yang sering dibayangnginya. Dia masih dalam keadaan tidak dapat terima kenyataan insan yang dia sayangi pergi meninggalkannya dalam jangka masa yang begitu singkat.

“Tapi Rul, dulu dia dah boleh terima, tapi sekarang dia bagitahu kami dia nampak Izhar, itu yang buat dia macam tu..” Aidil berkata.

“Masalah Najwa ni tak berat, dia alami kemurungan dan sebab kemurungan itu dia selalu terbayang suaminya. Masa awal dulu dia terima sebab dia cuba latih diri dia, namun bila bayangan tu selalu bermain di minda dia dan kadang kala dia rasa macam ternampak, itu yang buat dia kembali yakin Izhar masih ada padahal apa yang dia nampak itu hanyalah khayalan dan bayangan dia..” Jelas Dr Kamarul. Salina dan Najma angguk.

“Tapi, kalau apa yang dia nampak itu betul macam mana?” Naja soal. Aidil pandang isterinya itu.

“Macam mana orang yang dah mati boleh kembali hidup?” Dr Kamarul soal.

“Dalam kemalangan tu, letupan yang kuat buat semua mangsa hancur. Jadi pihak polis sendiri tak dapat kenalpasti, Namun semua identiti mangsa dah diketahui termasuk Izhar. Kerana dia punya pengenalan diri ada dijumpai tak jauh dari kawasan letupan. Pihak polis andaikan Izhar adalah salah satu mangsa..” Jelas Aidil lagi.

“Tapi, betul kata Puan Najma. Ada kemungkinan itu. Tapi, kalau dia ada, kenapa dia tak pulang sampai sekarang… Mungkin apa yang najwa nampak hanyalah bayangan dan khayalannya.” Tambah Dr Kamarul.

“Thanks Dr… Kami harap sangat Najwa kembali macam dulu. Dia terlalu sayangkan Izhar.” Salina menambah. Dia gusar dengan keadaan Najwa yang sebegitu rupa.

“Mestilah puan.. Izhar itu suaminya. Munkin dia perlukan masa yang lama untuk terima kenyataan itu. Harap kamu sekeluarga beri dia semangat… Itu sahaja jalan yang terbaik..” Dr Kamarul memesan.

“Baik Doktor…” Balas Najwa.

“Lagi satu, jangan biarkan dia bersendirian buat tempoh masa yang lama. Dia perlukan teman, perlukan perhatian. Kalau dia sendirian, bayangan tu akan muncul lagi. Susah bagi dia untuk sembuh sepenuhnya..” Tambah Dr Kamarul.

“InsyaAllah…” jawab Salina perlahan

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu… Dua minggu lagi saya kembali untuk beri dia rawatan lanjut.. Jangan lupa bagi dia ubat. Aidil, kalau ada apa-apa just call me..” Dr Kamrul mohon untuk pulang. Aidil hantar temannya itu hingga muka pintu. Salina dan Najma masuk ke kamar Najwa. Najwa sedang termenung di birai katil.

“Adik…” Panggil Najma. Najwa tak menyahut. Najma dan Salina hampiri Najwa. Najwa berlinangan air mata.

“Ma… Wawa tak sakit… Tak payah panggil Doktor..” Kata Najwa.

“Ye… mama tahu..” Balas Salina. Dia seka air mata anaknya itu.

“Ma… Iz hidup dalam hati wawa… wawa takkan lupakan dia… Sesiapa pun tak boleh buat wawa lupakan dia..” Najwa bersuara lagi.

“Ye adik. Tak ada sesiapa pun yang nak padamkan Iz dari hati adik. Kami Cuma nak adik jalani hidup macam biasa… Adik kena redha sayang.. Ini ujian tuhan. Kakak dengan mama tak nak tengok keadaan adik macam ni… kami sayangkan adik…” Kata Najma. Najwa tunduk.

“Ye sayang… Mama nak Wawa yang ceria, yang becok macam dulu…. Mama rindu sayang… Mama susah hati tengok Wawa macam ni..” Salina menambah. Najwa pandang ibu dan kakaknya.

“Mama… kakak… maafkan Wawa buat Mama and kakak susah hati..” Najwa bersuara.

“Mungkin betul kata Dr. Itu khayalan wawa… tapi ma.. kalau lah Iz masih ada, mesti Wawa dah bahagia sekarang kan..” Najwa bersuara lemah.

“Adik… memang susah nak lupakan. Tapi adik kena terima dengan tabah, Ini ketentuan. Tak baik melawan takdir..” Pesan Najma.

“Ye sayang… Kami semua ada untuk Wawa…” Salina menambah.

“Ma… kadang-kadang adik cemburu dengan kakak. Kakak ada abang Aidil sebagai suami yang ada di sisi. Tapi Wawa hanya sempat bergelar isteri beberapa jam je ma… Tanpa pernah disentuh, Izhar pergi ma… Takkan ada pengganti dia ma..” Najwa alirkan air mata. Najma peluk adiknya. Salina tenangkan Najwa.

“Sabar sayang… mungkin ada hikmah yang kita tak tahu atas semua kejadian ni…” Tambah Salina. Najwa angguk.

No comments:

Post a Comment