08 January, 2010

Sangkar Kasih 38

Najwa menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan yang penting dan menentukan masa depannya. Najwa bertungkus lumus berusaha. Sepanjang tempoh peperiksaan, Izharlah yang manghantar dan menjemputnya. Hubungan najwa dan Izhar bukan rahsia lagi terutamanya kepada dua teman baiknya Katrina dan Hakim. Tamat kertas terakhir sepanjang pengajiannya, semua pelajar melompat girang. Kini mereka hanya menunggu keputusan dan hari graduasi. Bagi Najwa, ada debaran lain buatnya. Debaran bergelar seorang isteri.

“Cik abang kau tak ambil lagi ke?” Katrina soal.

“Lambat sikit hari ni… Korang nak balik dulu balik lah.. Aku okay je tunggu sorang-sorang..” Najwa balas.

“Amboi kau.. Aku tak sangka tau antara kita bertiga, kau dulu yang kahwin..” Hakim terharu.

“Jodoh la beb.. Korang nanti jangan lupa jemput aku tau…” jawab Najwa.

“Kitorang lambat lagi lah.. Aku ni, tak jumpa lagi Mr right aku..” Tambah Katrina.

“Ha… dah sampai abang kau..” Hakim perasan kelibat Izhar yang membawa sebuah Honda Accord. Najwa senyum. Izhar turun untuk bertemu teman Najwa. Dia bersalaman dengan mereka.

“Jaga diri tau Izhar.. Najwa ni kalau bengang, kau pun dia makan…” Hakim bercanda.

“Kau ni.. Molek la mencarut…” Najwa siku Hakim.

“Ha.. kan betul….” Balas hakim. Mereka tertawa. Izhar senyum.

“Aku balik dulu.. Jumpa lagi nanti geng.. Apa-apa contact la.. Lagi satu, jangan lupa datang masa kitorang kahwin nanti tau..” Pesan Najwa. Ketiga sahabat itu bersalaman. Najwa dan Katrina berpelukan.

“Balik dulu…” Izhar bersuara. Katrina dan Hakim mengangguk. Najwa masuk dalam kereta. Izhar pandu pulang.

“Iz.. singgah rumah kakak kejap, dia kata nak kirim kuih kat mama…” Najwa mengarahkan.

“Okay…” balas Izhar. Dia memandu menuju Taman Permata. Najwa tenang disisi Izhar. Kereta dipandu Izhar meluncur tenang di jalan raya. Izhar pandu cermat. Ada orang tersayang disisinya.

“Assalammualaikum…” Najwa beri salam. Najma muncul di muka pintu. Najma jemput Najwa dan Izhar masuk.

“Duduklah… Akak ambil kuih jap..” Najma ke dapur. Izhar duduk. Najwa pula melilau melihat rumah kakaknya.

“Pandai akak design.. Pinky la kak.. Abang Aidil okay ke?” Soal Najwa.

‘Dia diam je.. Okay la kot.. Dia tak balik lagi ni, ada banyak kerja. Akak balik dulu..” Najma berkata. Dia membuat sedikit kuih untuk ibunya. Salina kini telah menyerahkan perniagaannya untuk diurus Najma dan Aidil. Dia mahu berehat sepenuhnya.

“Ooo… rajin akak masak..” Najwa jenguk dapur kakaknya.

“Biasa je.. kalau sempat akak masak. Kalau tak makan kat luar je… Preparation macam mana?’ Najma soal tentang persiapan perkahwinan Najwa dan Izhar.

“Okay… Semua dah ready. Untuk akad nikah je kitorang sediakan sendiri. Sanding dengan resepsi family Iz dah aturkan. Kitorang ikut je..” Balas Najwa.

“Tak sangka akak adik akak yang rock ni kahwin jugak…” Najma tambah.

“Ala kak.. Rock pun jiwang gak…” Balas Najwa. Najma ketawa.

“Exam tadi macam mana? Boleh jawab?” Najma soal adiknya lagi.

“Alhamdulillah kak… Boleh..” balas Najwa.

“Baguslah… ni mesti semangat Iz kan.. Seronok akak tengok adik bahagia macam ni..” Tambah Najma.

“Ye ka… dia memang semangat adik.. Tak tahu lah macam mana kalau tak ada dia..” Kata Najwa perlahan.

“Kenapa pula?” Hairan Najma mendengarnya.

“Entahlah akak.. Iz tu menakutkan adik. Kadang-kadang di selalu kata nak pergi jauhlah, ajal lah, apa lah.. Adik takut la kak..” Jelas Najwa.

“Hmmm. Dia gurau lah tu… Nak tengok adik sayang dia ke tak..” Najma tenangkan hati adiknya itu. Dia juga gusar.

“Harap macam tu lah. Adik tak nak apa-apa jadi kat dia..” Najwa menambah.

“Kita doakan lah… Moga dia sentiasa selamat. Sudahla, jom kedepan. Ajak Iz minum..” Najma mempelawa. Najwa angguk. Dia keluar dari dapur bersama kakaknya. Izhar menunggu di ruang tamu.

“Iz.. minumlah air tu.. Air bujang je..” Najma hidangkan air dan sedikit kuih buat Najwa dan Aidil. Najwa tuangkan air.

“Berapa ribu abang Aidil beli rumah ni?” Soal Izhar.

“Entah.. akak pun tak tahu sebenarnya. Akak ada tanya, dia cakap harga tak penting. Kamu tahulah abang Aidil tu kan..” Najma balas. Izhar angguk.

“Kenapa tanya? Iz nak beli rumah ke?” Soal Najwa.

“Tak lah.. Wawa nanti dah kahwin duduk lah dengan Mama. Kalau Iz pergi jauh senang lah ada orang jenguk. Tak lah wawa bosan and sunyi nanti..” Kata-kata Izhar membuatkan Najwa terkedu. Najma pandang adiknya. Air wajah Najwa berubah. Sudah banyak kali Izhar berkata sebegitu rupa. Najwa gusar.

“Apalah Iz ni.. Kita tinggal sama-sama lah… Wawa tak nak jauh dari Iz..” Najwa tenangkan hati sendiri. Izhar pandang wajah Najwa. Dia senyum.

Najwa dan Izhar minta diri untuk pulang Najma hantar mereka hingga muka pintu. Izhar pandu keretanya. Dia hantar Najwa pulang.

“Maafkan Iz sayang..” kata Izhar sebaik mulakan perjalanan. Najwa terkedu.

“Wawa tak suka Iz cakap macam tu… Please jangan cakap lagi tau..” Rayu Najwa. Izhar angguk.

“Oh ya, lepas akad nikah nanti Iz stay rumah wawa dulu seminggu before resepsi tu.. Boleh tak?” Soal Izhar.

“La.. nak tanya lagi. Boleh la… Kalau wawa cakap tak boleh kenapa?” Najwa geram.

“Iz tidur hotel la… hehee” Izhar ketawa.

“Sanggup ke? Pergilah…” Rajuk Najwa.

“Mestilah tak… Dah ada wife nak tidur sebelah, takkan nak tidur sorang-sorang…” Izhar senyum nakal. Najwa jelir lidah.

“Tau pun….” Najwa balas. Izhar hantar Najwa pulang. Kemudia dia pandu pulang kerumahnya. Baik Izhar mahupun Najwa, masing-masing tak sabar menanti hari bahagia mereka.

No comments:

Post a Comment