08 January, 2010

Sangkar Kasih 36

Suasana riuh rendah kedengaran di kediaman milik Salina. Sanak Saudara serta kenalan dan rakan taulan berkumpul bagi memeriahkan majlis perkahwinan Najma dan Aidil. Suasana meriah itu tidak dapat menghilangkan debar Najma untuk bergelar ister.

“Pa, kenapa ni?” Soal najwa.

“Papa yang nervous wawa… Kakak kamu tak siap lagi ke? Mama mana?” Balas Syed Hazim. Untuk menjayakan majlis itu, Syed Hazim sudah dua malam bermalam di rumah Salina. Laila tidak mahu ikut bersama. Dia juga lebih selesa tanpa kehadiran Laila.

“Kakak kat bilik lagi.. mama ada sekali dengan kakak.. Jom pa kita tengok kakak..” Najwa ajak bapanya. Mereka menuju ke kamar Najma.

“Cantiknya anak papa..” Tegur Syed Hazim apabila melihat Najma yang berseri menanti saat disatukan. Najma mengenakan sepasang pakaian berwarna putih untuk majlis ijab qabul. Najwa pula sebagai pengapit juga disolek cantik.

“Pa… Naja takut..” Najma genggam tangan bapanya itu.

“Mama dulu pun nervous Naja. Tapi bila tengok muka papa.. tenang sikit. Papa yang nervous pula sampai 3 kali baru sah…” Salina gamit kenangan silam. Najwa dan Najma tertawa.

“Ala akak.. nanti tengok muka abang Aidil tu msti dah ok..” Najwa tenangkan kakaknya. Mereka gunakan kesempatan itu untuk bergambar sekeluarga.

“Pengantin lelaki dah sampai..” MakYam muncul.

“Yeke.. Okay, siap.. Papa ngan mama turun lah dulu, Nanti wawa turun dengan kakak..” Arah Najwa. Syed Hazim dan Salina turun seiringan.

“Ready akak?” Soal Najwa. Najma angguk. Najwa pimpin tangan kakaknya itu.

‘Amboi.. tangan rasa macam ais.. Rileks la akak… Adik kan ada..” Najwa tenangkan kakaknya sambil langkah anak tangga. Persis seorang puteri turun dari kayangan. Najma yang disolek cantik mengagumkan semua yang hadir.

“Cantiknya…” Desis hati kecil Aidil. Dia juga sedikit gementar. Najma duduk di sebelah ibunya dan Najwa. Majlis Akad Nikah akan dilakukan dalam beberapa minit lagi.

“Kalau semua dah sedia, kita mulakan..” Suara seseorang. Semua mengangguk. Naib Qadi yang bertugas memulakannya. Najma berdebar. Aidil juga.

“Aku terima nikahnya Syarifah Najma Aisha binti Syed Hazim dengan mas kahwinnya RM80 tunai…” Aidil melafazkan. Akad berlaku. Dalam sekali lafaz, Najma sah bergelar isteri buat Aidil. Semua bersyukur. Lafaz Taklik dibaca Aidil. Najma dengar. Kemdian Doa dibacakan. Najma menitis air mata gembira setelah sah bergelar isteri buat Aidil. Dalam upacara membatalkan air sembahyang, Najma dikalungkan seutas rantai dan dia salam suaminya dan kucup tangan Aidil itu. Aidil hadiahkan satu kucupan di dahi isteri tercinta. Semua yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan mempelai.

“Mama…” Najma salam dengan ibunya. Air mata dua beranak itu menitis. Mereka berpelukan.

“Najma dah jadi isteri orang… Mama bersyukur..” Kata Salina. Najma angguk. Najma salam dan peluk pula bapanya. Syed Hazim juga bersyukur anak gadisnya itu selamat bergelar isteri. Najwa yang menyaksikannya juga menitiskan air mata gembira. Kedua beradik itu kemudian berpelukan.

“Abang… Kalau tak jaga akak wawa… Siap abang..” Gurau Najwa. Aidil senyum.

“ InsyAllah..” Balas Aidil. Aidil menuju kearah Najma untuk bergambar bersama sanak saudaranya. Najwa lihat dari jauh dengan gembiranya.

“Tak sabar ke sayang?” Suara Izhar menghentikan lamunan Najwa. Dia senyum memandang kekasih hatinya itu.

“Happy kan diorang..” Kata Najwa.

‘Ye la.. Nanti time kita pula..” Balas Izhar. Izhar dan Najwa dipanggil Najma. Mereka bergambar bersama.

“Amboi… ni siapa yang kahwin ni…” Aidil perli Najwa dan Izhar yang bergambar sakan dengan barang hantaran dan sebagainya.

“Bak kata abang… Praktis dulu.. hehe. Lagi pun, nanti tak lah nangis macam akak tadi… .” Balas Najwa.

“Menjawab pandai… Izhar, cepat sikit la pinang Najwa ni… Akak dah lepas, nak tengok dia pula.. Nangis ke tak. Berdebar tau.. Bila dah lepas, lega rasa..” Najma balas. Izhar tersengih.

“Tak lama dah pun. Dua bulan tu sekejap je wawa.. Macam kita kan sayang..” Aidil kata. Dia pandang isterinya.

“Eleh.. nak romantic pulak.. Iz, jom blah..” Najwa rangkul lengan Izhar. Dia berlalu meninggalkan Aidil dan Najma serta tetamu lain.

“Awak pelik tak? Najwa yang kecoh and becok tu dapat BF yang diam macam Izhar..” Aidil kata.

“Tu lah jodoh namanya… Macam kita..” Najma balas. Tak lama kemudian, Najwa muncul kembali. Dia mengah. Izhar tiada bersamanya.

“Apasal? Iz mana?” Soal Najma.

“Kak.. Mak Andam suruh prepare. Nak salin baju untuk bersanding pula.. Iz makan.. Jomlah.” Najwa sampaikan pesanan. Najma angguk. Najma dan Najwa berlalu ke bilik Najma untuk bertukar pakaian Aidil pula ke tempat yang disediakan dia rumah berhampiran. Tema hitam putih menjadi pilihan Najma dan Aidil. Mereka akan disandingkan dan upacara menepung tawar akan berlangsung.

“Abang.. Lega, seorang dah lepas..” Salina yang sedang duduk di ruang tamu berkata pada bekas suaminya.

“Ya… Najwa punya dua bulan lagi kan..” Syed Hazim balas. Salina mengangguk.

“Najwa lain sikit majlisnya. Hari tu masa discuss dia kata pihak lelaki nak buat satu majlis je. Mean, akad nikah kat rumah, then buat majlis kat PWTC untuk bersanding and everything..” Tambah Salina.

“Ooo… elok juga tu. Kita ikut je kan.. Yang penting Najwa okay. Karang dia tu lain yang dicakap lain yang jadi..” Syed Hazim berkata. Salina tertawa.

“Tapi kan abang, Sejak dah nak kahwin ni nampak lah macam matang sikit… Kalau tak otak tu tak center memanjang..” Salina mengomel.

“Itulah Najwa kita. Najma lain, Najwa lain.. Ina, awak tak nak kahwin ke?” Terpacul soalan itu dari mulut Syed Hazim. Salina terkedu.

“Tak kot abang. Dah tua macam ni… Biarlah. Lagipun Ina okay je macam ni.. Ada najwa, ada Najma.. Ada abang walaupun kita tak bersama lagi..” Balas Salina. Syed Hazim angguk. Dia hormati keputusan Salina itu.

Najma dan Aidil disandingkan di singgahsana yang indah. Sanak saudara dan sahabat handai tak lepaskan peluang untuk menepung tawar kedua mempelai. Aidil dan Najma tampak berseri dan sepadan bagai pinang dibelah dua. Najwa gembira di hari bahagia kakaknya. Izhar disisinya dipandang mesra. Tak sabar menanti hari bahagia mereka pula.

No comments:

Post a Comment