08 January, 2010

Sangkar Kasih 43

Najwa mulakan tugas seperti biasa. Kini dia lebih kuat dan tabah. Dia masuk ke kelasnya dengan tenang. Untuk tugasan hari ini, Najwa pinta pelajarnya menyampaikan lagu serta muzik dalam kumpulan.

“Masih jelas… setiap garisan halus, bila senyuman kau ukir kan untukku… Masih jelas, setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu.. waktu kau renung aku. Sudah suratan, takdir begini. Segalanya sementara…. Selagi hayatku masih ada.. kau bertakhta dihatiku….” Kumpulan pertama menyampaikan persembahan mereka. Najwa hayati bait-bait lirik lagu Masih Jelas dari Hafiz Af4. Masih jelas bayangan senyuman Izhar tika dia pandang wajah Najwa. Masih jelas tergambar renungan cinta Izhar buatnya. Kucupan mesra. Najwa terima segala ketentuan Ilahi itu. Sudah suaratan takdirnya begitu. Dia masih ingat janjinya pada Izhar, selagi hayatnya ada, tiada lelaki lain yang akan bertakhta dihatinya selain suaminya itu. Najwa amat menyayangi Izhar. Walaupun Izhar kini sudah pergi meninggalkannya. Dia tetap bersyukur kerana sempat bergelar isteri buat lelaki yang dicintainya itu.

“Okay… next…” Arah Najwa. Kumpulan seterusnya mebuat persembahan mereka. Semua anak didiknya yang meminati bidang itu melakukan dengan baik sekali. Najwa berpuas hati. Selagi dia mampu, dia akan berkhidmat dalam bidang yang diminatinya itu.

“Puan Najwa… ada orang kirim surat ni....” Seorang pelajar menyerahkan sekeping surat pada Najwa. Najwa ambil dan baca.

“Jumpa di Old Town White CafĂ©, Bukit Bintang jam 4 petang..” Najwa membacanya. Najwa hairan. Tiada pula tertulis nama di surat itu. Siap saja yang tahu tempat iti selain Izhar. Tapi, tak mungkin Izhar. Najwa ligat memikirkannya. Najwa gelisah. Hatinya
berdoa semoga tenang.

Najwa habiskan kelasnya lebih awal.

“Okay class.. esok kita sambung. Praktis jangan lupa.. Assalamualaikum..” Najwa melangkah keluar. Sebagai guru Muzik moden di Kolej Sunway, Najwa perlu berhadapan dengan berbagai kerenah pelajarnya. Mudah sahaja baginya untuk mengawal mereka kerana dia sendiri pernah lalui saat itu. Pengalaman lalu menjadikan dia rapat dengan pelajarnya.

Najwa berjalan menuju keretanya. Dia memandu ke tempat seperti yang diminta dalam surat itu. Najwa masih ingat tempat itu. Tempat dia bertemu Izhar. Sejak pemergian Izhar, Najwa tak jejak lagi kaki ke sana. Dia begitu sedih kerana terlalu banyak kenangan bersama Izhar di situ. Najwa tiba. Seperti kebiasannya yang dilakukan suatu masa dahulu, Najwa pesan minuman dan duduk di suatu meja. Najwa nantikan kehadiran orang ang mengirim surat padanya. Sambil itu, Najwa gamit memori lalu. Dia teringat saat mula bertemu Izhar.

“Hai.. boleh minum sekali..” Suara yang menegurnya membuatkan Najwa terpaku. Dia kenali suara itu. Pantas Najwa berpaling. Air matanya menitis. Insan yang berdiri hadapannya adalah insan yang amat dinantikan selama ini. Najwa bingkas bangun.

“Iz….” Najwa gagap. Antara percaya dengan tidak. Najwa mengalirkan air mata.

“Sayang… Najwa…” Iz panggil. Najwa pantas memeluk Izhar. Dia peluk sekuatnya. Dibiarkan orang sekeliling memandang. Dia tak peduli. Najwa cium tangan Izhar. Dia tatap wajah Izhar. Benar.Itu Izhar, Suaminya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia lebih enam bulan yang lalu.

“Iz… macam mana?” Najwa kelu. Izhar duduk. Air mata Najwa disekanya. Izhar ceritakan segalanya. Semasa kemalangan itu, sebelum kereta meletup dia sempat keluar namun segala pengenalan dirinya terjatuh. Dia sempat berjalan beberapa kilometer dalam hutan da akhirnya rebah. Setelah dibuka mata, rupanya dia diselamatkan oleh satu keluarga yang menetap di kawasan setinggan berhampiran. Izhar dirawat dan dijaga rapi. Dia lihat dalam surat khabar berita kematiannya. Jadi dia minta keluarga yang menyelamatkannya itu tidak menghantarnya ke hospital sebaliknya merawat secara tradisional. Setelah sembuh sepenuhnya, Izhar bercadang untuk kembali bertemu Najwa dan keluarganya. Namun dia harus balas jasa keluarga setinggan yang telah menyelamatkannya. Dia bekerja untuk keluarga tersebut dan cuba dapatkan apa yang terbaik buat keluarga itu.

“Alhamdulillah, mereka dah ada kehidupan yang lebih baik sekarang..” Kata Izhar. Dia genggam tangan Najwa. Air mata Najwa masih belum kering. Izhar sambung ceritanya.

Selepas dari itu, dia berusaha dapatkan semula identitinya. Namun tak berhasil. Dia tiada bukti dan saksi. Maka dia ambil keputusan untuk mengekori Najwa. Dia rindu Najwa. Hingga akhirnya mereka bertemu di situ.

“So, selama ni Iz lah yang Wawa selalu nampak tu.. Kenapa Iz lari?” Najwa soal.

“Memang Iz.. bukan lari, Iz tak nak kita jumpa semula cara macam tu..” Balas Izhar.

“Iz tahu tak betapa Wawa menderita tanpa Iz disisi..” Najwa alirkan air mata.

“Maafkan Iz sayang… Mungkin ini ujian untuk kita..” Balas Izhar.

“Iz… miss you so much..” Kata Najwa. Tangan Izhar digenggamnya. Izhar juga begitu.

“Jom kita balik, Jumpa mummy and daddy… Mesti semua happy..” Ajak Najwa. Izhar angguk. Dia renung sepuasnya wajah Najwa. Isteri yang amat disayangi itu.
Ternyata, kepulangan Izhar menggembirakan semua. Najwa adalah insan yang paling bahagia. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna adakan majlis kesyukuran. Najwa tak lekang dari Izhar. Dia tak mahu kehilangan Izhar lagi. Izhar adalah nyawa dan kehidupannya. Dia amat menyayangi Izhar.

“Janji dengan Wawa.. Iz jangan tinggalkan wawa lagi tau..” Najwa lentokkan kepalanya di bahu Izhar.

“Iz janji sayang…” Izhar kucup mesra dahi Najwa. Dia peluk erat isterinya itu.

“ Wawa tak boleh hidup tanpa Iz.. Wawa tak kuat Iz..” Tambah najwa.

‘Jangan risau sayang.. Iz sentiasa ada dengan sayang… Iz sentiasa milik Wawa macam mana Wawa jadi milik Iz..” Kata Izhar lagi. Najwa angguk. Dia bahagia.

“ Kenapa nangis ni?” Soal Izhar. Air mata Najwa disekanya.

“Iz tahu, mummy and daddy dah minta Wawa kahwin lain.. Ye la, mereka kesian tengok Wawa sorang-sorang…” Beritahu Najwa.

“So?” Soal Izhar.

“Wawa tak nak. Wawa rela sorang-sorang sebab Wawa rasa walau di mana pun Iz, Iz tetap dekat di hati wawa.. Takkan ada orang lain yang boleh ganti tempat Iz..” Najwa
renung wajah suaminya itu.

“Iz pun sayang… Janganlah nangis lagi… Iz tak boleh la tengok Wawa nangis macam ni…” Izhar seka air mata Najwa.

“Entah… keluar sendiri..” Najwa balas manja.

“Ala…. Tak mau la.. Iz tak nak tengok sayang nangis. Senyum sikit…” Izhar usap wajah Najwa. Najwa senyum. Izhar angkat Najwa dan letakkan isterinya itu di katil. Najwa bahagia dalam pelukan suaminya. Suami yang pernah menghilang sejurus beberapa jam bergelar isteri. Malam itu ibarat malam pertama buat Najwa dan Izhar yang terpisah lebih enam bulan. Najwa bersyukur kerana Tuhan memberinya peluang sekali lagi untuk bersama lelaki yang dicintainya itu. Izhar juga begitu.

No comments:

Post a Comment