30 January, 2010

Kau Tetap Sahabatku

Hanna mundar mandir di luar dewan kuliah. Kelibat sesorang dinantikan sejak sekian lama. Seseorang yang begitu rapat dengannya tapi sejak kebelakangan ini makin berjauhan. Hanna nekad, dia harus tahu kenapa semua itu berlaku.

"Fazzy..!!" Jerit Hanna. Temannya Fazira yang senang disapa Fazzy menoleh. Terkedu melihat sekujur tubuh milik teman rapatnya itu. Fazzy cuba mengalih pandangannya dari menatap sepasang mata bundar milik Hanna.

"Aku nak cakap dengan kau sikit.." Hanna bersuara.

"Ala... ada apa.. aku nak cepat ni..." Fazzy berdalih. Dia semakin hari semakin cuba menjauhkan diri dari Hanna.

"Sekejap je... aku nak tanya, aku ada buat salah kat kau ke?" Soal Hanna berterus terang.

"Mana aku tau.." Fazzy jawab endah tak endah.

"Aku nak tahu... kenapa kau makin jauh dari aku? Aku ni dah buat apa kat kau sampai kau layan aku macam ni? Aku sedih fazzy.. aku sayang kau, kau kawan aku.. dari tahun satu dekat sini kita sama-sama, kelas sama-sama.." Hanna tak mampu menahan sebak.

"Kau ni... orang pandang ni..." Fazzy menarik tangan Hanna ke sudut sebelak pintu dewan kuliah. Agak terlindung.

"Aku minta maaf kalau aku buat salah.. tapi aku tak nak kau layan aku macam ni... aku nak kita macam dulu..." Hanna bersuara lagi.

"Kau ni... kau tak buat salah pun.. cuma... aku tak mahu berada dalam bayangan kau jek.." Fazzy menjawab.

"Apa kau cakap ni?" Hanna tidak mengerti maksud temannya itu.

"Kau budak pandai, aku ni biasa-biasa jek.. Asyik-asyik kau yang buat semua, aku dah jadi macam tak guna jek.. Aku tak tahu nk buat apa.. Kadang-kadang aku rasa kau ni berlagak, sibuk-sibuk hal aku..." Luah Fazzy. Hanna tersentap. Sampai begitu tanggapan temannya itu.

"Kalau aku salah, betulkan aku..." Hanna ersuara perlahan.

"Hanna.. kau tak ahu apa aku rasa, kau buat macam aku tak atahu apa-apa.. macam aku ni budak kecil..." Fazzy sedikit berkeras.

"Aku cuma nak tolong kau, aku nak kita sama-sama berjaya fazzy.." Hanna memandang anak mata Fazzy.

"Tak payah!! aku boleh buat sendiri.. lagipun kau kan sekarang terhegeh-hegeh kawan dengan budak course kita yang lain tu.. Semua kan suka kau.. pergilah kat diorang.." Fazzy menambah. Hanna mengucap panjang.

"Bukan macam tu.. aku berkawan dengan semua orang, bukan aku yang cari, diorang yang datang pada aku.." Hanna menambah. Meman benar, sejak selalu mendapat pujian dalam kelas semster lalu, ada kalangan teman seperjuangan mula menghampirinya sampai ada yang mahu satu kumpula bagi melangsaikan tugasan yang diberi pensyarah.

"Apa-apalah Hanna.. mulai dari sekrang, kau buat hal kau, aku buat hal aku... Aku pun ada kawan lain, diorang lagi bagus dari kau..." Fazzy berkata dan terus berlalu. hanna terkedu. Dia akui Fazzy ada ramai teman lain. Mungkin dia lebih selesa dengan temannya yang lain itu. Hanna terus ketandas berhampiran. Hanna kenakan wajahnya dengan air. Dia renung cermin.

"Fazzy... maafkan aku.. Aku sayang kau.. Kau teman aku selamanya.." Hanna berkata sendirian. Hatinya tercalar dengan kata-kata Fazzy. Hanna buntu. Mungkin dia patut biarkan sahaja Fazzy dengan pilihannya.

Hanna kembali ke kelas. Sewaktu menunggu pensyarah, Hanna perhati sekeliling. Dia mencari kelibat Fazzy. Kebanyakan kelas mereka bersama dan ada beberapa yang menuntut mereka bekerja dalam kumpulan. Hann kuatkan semangatnya.

"Ya Allah.. berilah aku kekuatan.." Doa harian Hanna. Walau dibebani peristiwa yang sangan mencalarka hatinya, Hanna cuba memberikan sepenuh perhatian dalam kelas. Apa yang diajar pensyarahnya diambil berat. Dia mahu menjadi seorang yang berjaya. Hanya beberapa bulan sahaja lagi dia bakal bergelar graduan. Mungkin apa yang terjadi adalah ujian Tuhan buatnya. Hanna redha.


Hari-hari yang dilalui Hanna berjalan seperti biasa. Walau tanpa Fazzy yang dahulunya sering menjadi peneman, Hanna tetap mempunyai teman lain. Itulah kelebihannya, mudah didekati. Hanna tak menolak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kalau boleh dia mahu berkawan dengan semua orang. Dia tak memilih. Baginya, setiap insan sama sahaja. Selagi terdaya, dia cuba membantu teman-teman yang memerlukan bantuannya. itulah Hanna.

Hana lihat kalendarnya. 7/2.. dia tahu tarikh itu. Tarikh yang penting buat seseorang. Tarikh itu adalah ulangtahun kelahiran Fazzy. Hanna siapkan satu kad. Walaupun tak sberapa, dia hiaskan serba sedikit supaya nampak cantik.

"Esok aku mesti bagi kat dia.." Hanna senyum. Walaupun Fazzy menjauhi dirinya, bagi Hanna.. Fazzy tetap temannya. Hanna lena. dia menanti esok yang ceria.

Hanna langkah tenang menuruni tangga bas. Itulah pengangkutannya untu ke kelas. Jarak kolej kediamannya dengan dewan kuliah mengambil masa 30 minit kalau erjalan kaki. Maka, perkhidmatan bas yang disediakan digunakan sebaiknya. Hanna sampai agak awak ke kelas ekonomi Dr Shukor. Dia ambil tempatnya. Dia belek kad yang dibuatnya malam semalam. Hanna ambil dan letakkan di tempat yang selalu diduduki oleh Fazzy. Dia senyum dan kembali ketempatnya.

Kelas pagi itu bermula dengan lancar. Sesekali Hanna menoleh kebelakang melihat Fazzy di tempatnya. Dia senyum namun senyumannya tidak dibalas. Hanna pasrah. Usai kelas, Hanna terus menghampiri Fazzy.

"Happy Birthday" Ucap Hanna.

"Thanks.. Kau tak payah la tunjuk baik dengan aku.. kau nak apa lagi? Dah la.. aku ada kelas ni.." Fazzy membalas. Hanna terdiam. Namun dia kembali senyum apabila Fazzy menerima hadiah darinya. Hanna memohon sepenuh hati pada Ilahi agar Fazzy kembali menjadi temannya sama seperti suatu tika dahulu. Sambil elayan perasaan, Hanna lintas laluan pejalan kaki untuk ke seberang bagi menunggu bas. Tanpa dia sedari sebuah kereta meluncur laju kearahnya. Dum!!!

************************

Assalammualaikum.

Kau marah aku lagi ke? Aku mintak maaf atas apa yang aku lakukan. Aku hanya manusia biasa yang tak sedar silap dan salahku. Terima kasih atas teguran kau. Walau macam mana pun, kau tetap kawan aku selamnya.

Fazzy, aku tak pernah rasa macam apa yang kau tuduh aku tu. Aku tak marah, mungkin kau rasa macam tu, bukan salah kau. Tapi, percayalah.. tak ada apa-apa yang aku bawa dalam persahabatan kita ni melainkan keikhlasan. Aku ikhlas Fazzy.. Kita kenal bukan sehari dua. Dalam perjalanan menggenggam segulung ijazah ini, aku harap sangat ada teman macam kau. Suka duka, susah senang sama-sama. Mungki kau ada teman terbaik selain aku, tapi.. aku mohon jangan hukum aku sampai macam ni. Aku sayang kau, kau sahabat terbaik pernah aku miliki.

Fazzy, kalau Tuhan cabut nyawaku tika ini, aku mohon.. maafkan aku. Padamlah amarah kau padaku. Aku serba salah. Aku mahukan kau sebagai teman. Andai aku dah tak ada, aku pinta kau maafkan aku. Teruskan impian kita dalam mengejar ilmu ini. Aku sayang kau. Maafkan aku.

Ikhlas dari
Hanna.

Fazzy menghabiskan bait-bait terakhir warkah dari Hanna yang diberi sempena ulangtahun kelahirannya. Fazzy tatap hadiah bingkai gambar berserta gambar mereka berdua peberian Hanna. Fazzy peluk seeratnya. Dia kesal melakukan tindakan sebegitu hingga menyebabkan Hanna serba salah. Kini, Hanna sudah tiada untuk dia pohon kemaafan. Hanna sudah tiada untuk dia cipta kembali hubungan akrab itu. Hanna sudah pergi selamanya. Air mata Fazzy berguguran.

"Hanna.. aku sayang kau.. Maafkan aku" Desis hati kecil Fazzy. Kini, hanya doa mampu dikirimkan buat temannya itu yang kini telah pergi menghhadap Ilahi.



Nukilan: Ameera

No comments:

Post a Comment